Sunday, January 30, 2011

UK TRIP (MAY 2010) - Day 6

Seawal pagi kami explored sekitar Caernarfon. Kami melawat Caernarfon Castle yang terletak di tengah-tengah bandar… Bandar Caernarfoun tidaklah begitu besar sangat. Bangunan - bangunan kedai di sini agak lama…
@ Travelodge Hotel, Caernourfon
@ Caernourfon Castle

In front of Castle Entrance.. Still Close
Setelah penat berjalan disekitar  bandar..kami menuju ke Lladuno, Conwy (North Wales). Di sini kami menaiki Cable Car untuk ke atas bukit (The Great Orme)… view sgt superb.

On The Orme
Then, terus ke Snowdonia...touch and go je.. tak sempat nak explore Snowdonia. Selepas itu kami terus ke Old Trafford, Machester, tempat wajib org Malaysia pergi….membeli-belah di  Manchester Club Store…destinasi terakhir pada hari ini ialah di Nottingham, UK…dimana kami menginap di Travelodge..sebelum sampai di Nottinghamn…sempat singgah di rumah kenalan hubby, "Rusdi" di Sheffield dan menikmati dinner kami di sini. Arrived hotel around 11pm.

@ MU Club Store

@ Hotel's room, Travelodge Nottingham

Dinner @ Rusdi's House, Sheffield

Wednesday, January 26, 2011

UK TRIP (MAY 2010) - Day 5

Lawatan kami pada hari ini bermula di sekitar Liverpool, kemudian ke Manchester dan menginap di Caenorfon, Wales. Seawal pagi kami telah keluar dan melawat sekitar Albert Dock…Banyak kedai masih tutup…kami juga tidak berpeluang melawat muzium the beatles…namun sempat juga kami membeli sedikit souveneir sebagai tanda kenangan kami pernah sampai di sini…kami hanya bergambar di sekitar Albert Dock….Selesai bergambar..kami terus ke arab restoran (Kimos)  untuk breakfast..…walaupun restoran ni nampak mahal tapi harga makanannya tidak begitu mahal


@Albert Dock, Liverpool
Infront of The Beatles Museum


Having breakfast @ Kimos (an arab restaurant)
Selesai makan kami terus ke Liverpool club store.. then terus ke factory outlet di Cheshire Oak…Kebanyakan barang-barang di sini murah sangat dan semuanya adalah branded item…kalau di Malaysia mungkin tak mampu nak beli coz harga yang berlipat2 ganda…so banyak juga brg yang  saya grab…especially for my kids…rasa macam tak cukup masa di sini….selesai shopping kami terus ke lladuno (spelling error)…kawasan ni terletak di tepi pantai …dan dihuni kebanyakkannya oleh orang tua…sekali lagi kami dapat menikmati pemandangan yang indah…disebabkan hari dah petang..so kami plan untuk datang semula ke sini keesokan harinya..so kami terus bertolak ke Travelodge,  Caenorfon…sekali lagi kami sesat…dan memang jauh tempatnya…sampai di sini dalam pukul 10 malam….
@ Liverpool Club store
@ Factory Outlet, Ceshire Oak

Tuesday, January 25, 2011

UK TRIP (MAY 2010) - Day 4

Oleh kerana kesuntukan masa, kami bercadang keluar awal pagi.   Destinasi seterusnya ialah lawatan ke "The  National Wallace Monument" di Stirling. Disebabkan kami tiba terlalu awal dan tempat masih belum dibuka, maka kami hanya berpeluang mengambil gambar monument. Then kami terus ke Stirling Castle, di sini kami hanya bergambar di perkarangan luar castle. Kami juga sempat membeli sedikit cendera hati di the Gift shop.


Stirling Castle

Monument @ Stirling Castle

The National Wallace Monument
From Stirling bertolak ke Edinburgh Castle. Bergambar di perkarangan istana sahaja…Kami juga berpeluang melihat house guard bertukar syif…sempat juga aku beli lukisan yang dijual di kaki lima jalan….Edinburgh castle ni terletak di city center… sesat juga lah untuk keluar dari edinburgh…
Painting for sale..

Edinburgh Castle
with House Guard
Next destination ialah Lake District…perjalanan kali ini agak memenatkan… tiba di Lake District lebih kurang jam 5 petang…pemandangan di sini memang indah…actually, kawasan ini agak jauh juga…di sni terdapat banyak mansions and yatchs… rasanya semua yatchs and mansions ni orang kaya punya ...datang sini hanya utk berehat...kami juga berpeluang menaiki cruise dan menikmati keindahan di sekitar tasik…
Luxury yatchs @ Lake District
Mansion @ Lake District
On the cruise
From Lake District, lebih kurang pukul 8 malam  bertolak ke tempat penginapan  iaitu di Travelodge, Liverpol. Kami tiba agak lewat lebih kurang pukul 10 malam, tapi masih sempat menikmati nasi beriyani yang memang sedap…selesai makan kami ronda-ronda sekitar Albert Dock…tapi disebabkan cuaca yang amat sejuk so kami balik ke hotel… sampai di hotel lebih kurang pukul 1 pagi...

Dinner @ Hot chillis, Liverpool - Hot nasi briyani


Night @ Liverpol

Sunday, January 23, 2011

UK TRIP (MAY 2010)- DAY 3

Hari kedua kami menginap di Travelodge Hotel @ Inverness.  Hotel berhampiran dengan business center…ada tesco...mudah untuk kami membeli belah makanan. FYI, urusan penginapan telah dibuat dengan awal, kami beruntung sebab dapat hotel rate yang memang murah…satu malam lebih kurang 27 pound..hotel ni memang selesa dan boleh menampung 4 orang sebilik..masing2 dapat tempat tidur yang selesa…

@ Tesco, Inverness. Find some foods
In front of Travelodge entrance.. Check out time..

Selesai shopping di Tesco, kami meneruskan perjalanan ke Loch Ness. Sepanjang perjalanan kami berpeluang melihat pemandangan yang indah..
Countryside's view
@ Loch Ness...
Me and hubby infront of Loch Ness Visitor Center
Selesai membeli souvenir di Loch Ness Visitor Center kami terus ke Caingorm Mountain..Kami tiba di sini lebih kurang pukul 1 p.m. Ada masa lagi untuk ke puncak. Kami menaiki train yang disediakan.
Nice photo shot (snow experience)
Hubby, me and sister
Happy …...
We spent our time here on the top of the mountain for almost 2 hours. Then, kami menuju ke fort william…melalui jalan-jalan kampung…memang menakjubkan pemandangan di sini…
@ Laggan…  fluffy sheeps...
@ Glencoe…. nice view
@ Fort William
An English House
Malam ketiga  kami akan menginap di Travelodge, Stirling. Perjalanan dari Inverness ke Stirling mengambil masa yang agak lama. Oleh kerana pemandangan yang begitu indah, so kami semua tidak begitu keletihan….Kami singgah di Glasgow, berhenti solat di Central Mosque dan dinner di Karahi Palace…memang sedap nasi beriyani di sini..then, kami terus ke hotel..malangnya kami semua sesat …so tiba di hotel hampir jam 12 malam..nasib la hotel dah di booked awal2 lagi…sebab memang full house pada malam itu…mungkin disebabkan malam minggu...


@ Glasgow central mosque
Dinner @ Karahi Palace, Glasgow

UK TRIP (MAY 2010) - Day 2


Bertolak from London Stansted Airport to Glasgow Prestwick Airport with Ryan Air. It took almost one hour journey. Flight crews semua tua-tua. Comel2 lagi airlines kat Malaysia.



In front of Glasgow Prestwick Airport

Sampai di Glasgow Airport Prestwick, terus berurusan dengan car rental. Actually urusan sewa menyewa kereta ni dah dibuat awal lagi via internet. Just google internet…tengok mana2 offer and buat payment by credit card. So di sana  just ambil kunci. Kami dapat kereta ford focus…Kalau tak silap seminggu sewa and plus minus minyak dalam RM1000…berbaloi juga sebab divide by four persons lebih kurang RM250 per head.
Our Ford Focus


From Glagow airport heading to Inverness, Scotland. Our journey took about 3-4 hours. We Perjalanan hanya berpandukan map. Just follow the direction…Kami ikut jalan country side sebab nak menikmati  pemandangan di Utara Scotland.. singgah break di Bankfoot, Perthshire…ada dijual souvenier but tak beli pun..

In front of gift shop
Tiba di Caingorm Mountain at around 4 o'clock. Unfortunately, the place was closed…we had no chance to play snow…But, untuk tidak menghampakan perasaan masin-masing, we planned to come again here keesokannya harinya.
Frustrated sebab tempat dah tutup.
At this time, angin terlalu kuat dan hujan….tak tahan sungguh
waktu ni..
Di salah sebuah loch (forgot the name). Gambar ni memang cantik sebab berlatar belakang rainbow and mountain.

Countryside…@ Scotland
Teruskan perjalanan ke Inverness dan menginap di Travelodge Hotel..Tiba di hotel around 7pm….

Wednesday, January 5, 2011

UK TRIP (MAY 2010)-Day 1


Have been to UK for a holiday… percutian kali ini selama 11 hari 10 malam dalam bulan Mei, 2010. Kami menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Air Asia. Actually, tiket dah ditempah 6 mths before the date of departure.

@ LCCT
From Left: Hubby, me and friend (Wan Nur)
 Bermalam di airport sebab nak tunggu next flight to Glasgow airport.

@ outside london stansted airport

Morning (5 a.m) @ London Stansted Airport

@ Arrival Hall, Stansted Airport

TRAVELODGE BALKAN : 28/2 - 11/3 2024

Jom ikut saya terokai Balkan!!✈ 6 countries, 13 cities Rancangan bercuti kali ini dibuat dalam tempoh yang singkat... Kali terakhir aku berc...