Jom ikut saya terokai Balkan!!✈
6 countries, 13 cities
Rancangan bercuti kali ini dibuat dalam tempoh yang singkat... Kali terakhir aku bercuti di Europe pada tahun 2019. Since dah lama tak bercuti oversea, so kali ini aku bertekad kena pergi juga ... Memandangkan aku belum pernah ke Balkan, jadinye trip kali ini aku and travel buddies decided to go to Balkan... Trip kali ini kami berlima... As usual, aku, Hubby , Wan & hubby and Joe.
Since kami semua belum pernah ke Balkan, jadinya aku ambil inisiatif membaca
blog dan info dari internet. Sebulan sebelum trip, aku dan Joe seperti biasa paling
busy. Iternari, tiket dan hotel kami rancang ... Yang lain just follow... Setelah
diambil kira masa dan kos, perjalanan kami kali ini 13h 12m dan meliputi 6 buah
negara. Jom lihat iternari!!..
- 28/2 Depart from Kl
- 29/2 Arrive Sofia
- 1/3 Sofia (Bulgaria) > Skopje > Ohrid (New Macedonia)
- 2/3 Ohrid (New Macedonia) > Tirana (Albania) > Shkoder (Albania)
- 3/3 Shkoder (Albania) > Kotor (Montenegro)
- 4/3 Montenegro
- 5/3 Kotor (Montenegro) > Mostar (Bosnia)
- 6//3 Mostar (Bosnia)
- 7/3 Mostar (Bosnia) > Sarajevo (Bosnia)
- 8/3 SAR - Istanbul
- 9/3 Istanbul
- 10/3 Istanbul - KL
Kali ini kami pergi dengan penerbangan Qatar Airways.. KUL- IST. Tiket pergi
balik RM2788. Transit di Doha. . Overall Qatar Ok except meal... Alhamdulillah
perjalanan kami mengikut jadual.
Nota: Nak ke Balkan, boleh direct flight from KL to any Balkan Countries..
Kebetulan tiket mahal araunc 3k above... jadi kami ambil flight KUL to IST .. Then
feom IST naik bas to Sofia, Bulgaria. Terpulang bajet masing-masing...
Day 1
28/2
KLIA & ON BOARD
Flight kami berlepas pada pukul 9.50 am. Kami perlu berada di KLIA pada pukul 6
am untuk check in. So pukul 4 am perlu bertolak dari rumah. Dengan bantuan
Sayuti kami menempah sebuah van untuk ke KLIA. Bertolak dari rumah dalam
pukul 4 am, tiba di KLIA Sebelum subuh. Subuh di KLIA. Surau sangat crowded
dengan rombongan Umrah.. Dah tiba masanya KLIA di upgrade.. Selesai solat kami
terus ke kaunter untuk urusan check in.. Plan awal nak breakfast.. tapi salah
percaturan. Rupanya selepas melepasi imigresen, kami tak jumpa cafe or
restaurant..So terpaksa la menahan lapar ... But for the first time, baru perasan ada
taman kat dalam balai perlepasan.. Siap ada air terjun lagi... Sempat le bergambar
kat dalam tu...
 |
| Taman di KLIA |
 |
| Luggage siap wrapping |
Alhamdulillah penerbangan kami berlepas tepat seperti di dalam jadual. Sejam
selepas take off kami dihidangkan dengan makanan.... Perjalanan mengambil
masa 13 jam..
 |
Meal on board |
Day 2
29/2
ISTANBUL & SOFIA, BULGARIA
Tiba di Istanbul sekitar jam 6 pm. Cuaca agak sejuk dalam 10 C. Dari airport kami
perlu bergerak ke bus station untuk ke Sofia, Bulgaria. tiket bas telah ditempah pada
pukul 11.50 pm (28 / 2). Sampai saja di Istanbul central bus station, kami
didatangi oleh seorang lelaki untuk menawarkan pertolongan. Alhamdulillah
banyak yang dibantu dan ini memudahkan urusan kami. Namun begitu, ada
sedikit masalah berkenaan dengan tiket. Staf tak dapat mencari tiket yng telah
ditempah di dalam talian.. Finally semuanya selesai...kami dibenarkan untuk
bertolak awal kerana bas pukul 10.30 pm tak ramai orang...
 |
| Syarikat Bas Arda Tur bersedia untuk berlepas. |
 |
| Loading luggage |
 |
Di kaunter tiket Istanbul Cenrtal
Bus Station |
Nota: Perkara yang aku pelajari, tak perlu kita booking online ticket untuk ke
Bulgaria...In Sha Allah boleh je beli secara walk in.. Banyak bas ke Bulgaria ...Btw,
ada 2 cara dari Turki ke Bulgaria iaitu bas dan train... Kereta sewa tiada from Turki
jika ingin ke negara Balkan...
Perjalanan dari Turki ke Sofia mengambil masa 6 jam... Bas hanya berhenti 2 kali
di Mustafa RnR dan juga di border control ... Kami juga diberi kek dan air kotak
sebagai bekalan oleh syarikat bas.. Penumpang tidak begitu ramai.. Jadi dapatlah
kami tidur dengan selesa di dalam bas..
 |
| Welcome to Bulgaria - Border Control |
 |
Hentian R n R (Mustafa).. Cuaca ketika ni sangat
sejuk iaitu 8 C.. Dekat sini ada dijual makanan
panas . |
 |
Menanti untuk cop passport di border pass control.. Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar dan
cepat.. Maybe sebab awal pagi iaitu sekitar 2 am ..
Jadinya tak ramai orang |
Kami tiba di Sofia, Bulgaria dalam pukul 6 am. Dari bus station kami berjalan
kaki ke Masjid Banya Bashi untuk solat subuh. Sebenarnya ada je taxi.. 10 euro for
each person.. agak mahal and masjid pun tak jauh sangat.. Jadinya kami berpakat
berjalan kaki walaupun sebenarnya agak letih...Kami sempat menunaikan solat
subuh di Masjid .. Masjid dikunci setelah selesai waktu subuh..
Selesai solat kami bergambar di sekitar masjid.. actually masjid ini berada di tourist
spot. Ada beberapa bangunan sejarah di sini .. Oleh kerana dah penat.. Kami
mengambil keputusan untuk membeli one day pass ticket (4.50 Bulgarian sorang). Bergerak ke apartment dengan train. Train station tak jauh dari masjid. Tiket
tersebut boleh juga digunakan untuk explore bandar Sofia.sampai malam.
 |
Walaupun badan penat selepas hampir 24 jam perjalanan tapi
tetap gigih mengheret beg untuk ke masjid |
 |
Beg disusun sementara kami bergambar di
sekitar kawasan masjid. Seawal pagi dah ada
gerai2 souvenir. |
 |
| Kita naik train explore Sofia.. Jimat!!! |
Tiba di apartment sekitar jam 8.30 am. kami dibenarkan check in awal.. Sampai
sahaja dirumah terus keluarkan makanan masing2 ...then aku ambil peluang tidur
sebentar..Di sini kami juga boleh memasak.. Peralatan asas dapur ada disediakan..
So tak perlu fikir cari kedai halal .. Ia juga menjimatkan.
Dalam pukul 11 am kami mula melawat bandar Sofia.. Dengan one day ticket,
kami selesai explore bandar Sofia dengan train. Ambil gambar sana sini untuk
kenangan saja. Lebih kurang jam 5 pm.. Kami tiba di apartment..masa untuk
berehat... Esok nak sambung perjalanan jauh lagi...
 |
| Banya Bashi Mosque |
Nota: Kalau nak travel Sofia, Bulgaria, saya cadangkan 2h 1m pun dah cukup.
Paling max 3h 2m. Day trip pun dah cukup for city tour. Sofia ni banyak
bangunan lama.. Kalau tak silap, Sofia ni adalah bandar lama.. Kalau tgk binaan
bangunan, mungkin Sofia ni pernah menjadi sebuah kota yang maju pada masa
dahulu..
Kat sini tak ada yang menarik untuk shopping..hanya beli souvenier untuk
kenangan je..Untuk halal food pula.. Ada je kedai halal di sini especially area
masjid.. Makanan turkey banyak dijual kat sini.. Halal meat pun ada dijual
Sini banyak cathederal, cantik senibina bangunan mereka. Sesiapa yang minat
senibina.. Sesuai datang ke sini..
HOME @ SOFIA....
Semua penginapan pada trip kali ini ditempah di platform Air BnB dan juga
Booking. com. Alhamdulillah semuanya memuaskan...
Apartment di Sofia juga memuaskan.. Lokasi betul2 di shopping area and tourist
spot..tak jauh dari Vitosha Street ..cumanya apartment ini tiada lif and terpaksa
panjat hingga ke tingkat empat...namun begitu rumah sangat cantik dan
bersih..Harga semalam RM445....
 |
| Bersih, kemas & cantik |
KERETA SEWA...
Kos keseluruhan kereta sewa sebanyak RM3995. Pick up di Bulgaria and drop off the
car kat Sarajevo. Kami sewa dari 1-8 March. Jika ingin memandu pastikan at least 2
driver...driver juga dinaslhatkan memohon international licence.. Kereta di sini
dipandu sebelah kiri. So kena biasakan diri pandu kiri...
Caj sebanyak 450 euro juga dikenakan untuk merentasi border beberapa buah
negara...caj dikenakan mengikut jumlah negara yang kita lawati...
Nota: Bila booking kereta, make sure caj border inclusive atau tidak... dan jangan
lupa cover sekali dengan insurans
Day 3
1/3
SKOPJE, NORTH MACEDONIA
Hari ni kami bertolak ke Ohrid, North Macedonia. Perjalanan kali ni agak jauh.
Lebih kurang 5 jam..Kami menyewa kereta. Pagi2 lagi the boys dah pergi ambil
kereta sewa di airport...lebih kurang jam 11 am kami check out apartment dan
mulakan perjalanan. Kami perlu merentasi border Bulgaria dan North Macedonia.
Alhamdulillah proses merentasi border berjalan lancar.
Kami singgah di Skopje pada pukul 3.30 pm.. Solat jamak Zohor dan Asar di Masjid
Mustapha Pasha berdekatan dengan Old Town.. Kami lunch di restoran berdekatan
masjid di deretan kedai Old town bazaar.
Bandar Skopje ni ramai juga pengemis, tak kira perempuan, lelaki dan kanak
kanak .. Macam2 mereka lakukan untuk mengemis...ada satu insiden, kami
didatangi seorang lelaki yang menawarkan untuk mencuci kenderaan sementara
kereta berhenti di traffic light.. Selepas kereta mula bergerak ... Lelaki tersebut
meminta wang ..kami terus bergerak tanpa memberi wang.. Lelaki tu marah dan
meludah kereta kami... Satu lagi insiden. di traffic light.. Seorang wanita dengan
baby mengetuk tingkap kereta meminta wang.. Kami menghulurkan sejumlah
wang dan kemudian datang pula seorang wanita yang lain meminta wang... Moral
of the story, apabila di kota Skopje, kita perlu berhati-hati terutamanya pick pocket...
Sebenarnya, kota Skopje banyak tempat boleh dilawati..banyak historical
monumen.. Tapi kami skip Skopje sebab kesuntukan masa...So lawatan kami ke
Skopje hanya tertumpu area Old Bazzar dan Masjid Mustapha Pasha. Selesai solat
dan lunch kami terus bergerak ke Ohrid. BYE SKOPJE...
Jalan dari Skopje ke Ohrid ikut google map seperti merentasi hutan.. Dengan cuaca
yang gelap dan hujan agak merbahaya.. Sepanjang perjalanan, lampu jalan tiada
dan agak gelap.. Di satu kawasan, kabus sangat tebal dan jarak penghilatan sangat
dekat... Jam baru 6 pm tapi seperti tengah malam ... Namun begitu, ada je kawasan
rehat dan ramai yg berhenti mengopi.. Walaupun keadaan jalan di kawasan hutan
dan bukit tapi banyak kereta dan lori .. Mungkin ini adalah jalan utama antara
Ohrid dan Skopje...kami tiba di Ohrid pada pukul 8 pm...
 |
| Masjid Mustafa Pasha |
 |
| Kanak2 Maceedonian
excited jumpa kami |
 |
Di deretan kedai Old Bazaar
|
 |
Mengopi di hentian rehat
otw to Skopje.. Nama tempat
ni Kriva Palanka |
Day 4
2/3
OHRID, NORTH MACEDONIA
Alhamdulillah.. tidur yang lena after long journey... Rumah yang kami sewa ni di
tepi tasik Ohrid.. View sangat cantik...from the balcony boleh nampak tasik
terbentang luas..Seawal pagi dah prepare breakfast ...hari ni kami kami breakfast
maggi...
Next, kami akan ke Tirana & Shkoder di Albania. Tapi sebelum ke sana, jom
melawat dulu sekitar Ohrid...pekan Ohrid ni tak besar mana pun.. Tarikan utama of
course tasik Ohrid dan kota istana lama... Di sini banyak church dan majoriti
kristian...
Aktiviti kami di sini naik boat
cruise... Bayar seorang 10 euro dan kami dibawa keliling tasik selama 1 1/2 jam...
berbaloi juga... View sangat superb.. Tasik ni sangat jernih.. Kalau musim panas..
ramai yang swimming... Tasik ini juga adalah tasik tertua di Europe... OHRID
dalam kenangan...💓👋
 |
Gambar2 sewaktu boat cruise... Indahnya ciptaan
Allah swt. Saujana mata memandang |
TIRANA, ALBANIA
Selesai boat cruise.. Kami terus bergerak ke Tirana, Albania dalam pukul 12
pm ...kami tiba di Tirana pada pukul 3.30 pm dan hanya pusing-pusing bandar
Tirana. Singgah New Bazar...bazar ni macam local market..ada jual macam2..
Sourvenier, rempah ratus, honey, buah- buahan yg segar etc.. Oleh kerana di sini
hanya terima mata wang Albania...Makanya aku tak beli apa2..sebab takut tak
guna duit mereka nanti.
 |
Buah-buahan pun segar
bugar.. Malangnya duit Euro
mereka tak terima |
 |
| New Bazar.. Macam2 ada kat
sini.. |
Di Albania, kami bermalam di Shkoder.. Selesai pusing bandar Tirana.. Kami terus
ke Shkoder.. Perjalanan antara Tirana dan Shkoder dalam 11/2 jam..Tiba di
apartment sebelah malam... Aktiviti kami di Shkoder bermula keesokan harinya ...
Day 5
3/3
SHKODER, ALBANIA
Tepat pukul 9 am kami check out .. Then pusing town .. Jalan- jalan di kawasan local
market.. Orang Shkoder tak friendly.. Mereka tak suka kita rakam video ... Kami
dimarahi kerana merakam aktiviti mereka sedang berniaga di pasar... Maybe hanya
orang tua je kot...
Kami juga sempat menikmati makanan di restoran Puri .. recommended by tourist
yg datang ke sini..Selesai makan, kami ke Masjid untuk solat jamak zohor dan
asar..
 |
Pemandangan dihadapan apartment
kami.. Nasib la rumah kami first
floor so tak perlu panjat tinggi2 |
 |
Menu Restoran Puri, Aku order Rice
with Gullash, Kebap n Grilled Chesse.. Grill Chesse sedap sangat!! |
 |
| Menikmati makanan di
Puri restoran |
 |
Solat di masjid Abu Bakar. Masjid ini
dibina pada tahun 1995 oleh
usahawan Arab |
Selesai solat kami ke Mesi Bridge and Rozafa castle..then, kami terus bergerak ke
next country iaitu Montenegro...Actually banyak tempat menarik untuk dilawati di
Albania... Kami hanya berkesempatan melawat dua tempat je..
 |
| Mesi Bridge |
 |
| Rozafa Castle kat
atas bukit tu.. |
Our next stop adalah Kotor, Montenegro.. sekali lagi kami perlu merentasi border..
Alhamdulillah proses berjalan dengaan lancar.. Perjalanan kami dari Albania ke
montenegro dihidangkan dengan pemandangan yang indah, saujana mata
memandang... Actually, Albania ni kaya dengan keindahan alam.. Ada satu
kwasan kampung yang dikenali sebagai Theth.. Sangat cantik n worth to explore..
Maybe next time kita pergi sini pulak.. Bye2 Albania.. Till we meet again.... 💓💓
Kami menelusuri bukit bukau dan lalu ditepi sungai yang jernih... Jalan di
Montenegro banyak bukit. Nama Montenegro itu sendiri bermaksud “black
mountain”.. Jadinya jalan yg kami lalui dikelilingi oleh mountain..ada sesekali
kami memilih laluan kampung...dapat la kami melihat rumah2 kampung dan
kehidupan mereka..
Sebelum sampai ke destinasi, banyak tempat yang kami singgah kerana ingin
mengabadikan memori di tempat2 tersebut.. Tambahan pula pemandangannya
sangat indah.
Antaranya Vladimir, Budva dan Dubro Voda... View kat sini memang tak jemu mata memandang.. Setiap
detik pasti nak rakam..
VLADIMIR, MONTENEGRO
Tempat persinggahan yang pertama ialah black mountain park di Vladimir. Tujuan
utama nak ke toilet.. Actually kawasan ni macam park di Malaysia juga..
Cumanya pemandangan sgt indah.. Dikelilingi oleh black mountain... Dengan
cuaca yang dingin.. Of course la rasa takjub... Ramai la mak ayah bawa anak2
main di taman..
DUBRO VODA, MONTENEGRO
Destinasi kedua kami stop di Dubro Voda... melihat laut luas terbentang sambil
menyaksikan sunset... View kat sini memang tak jemu mata memandang.. Setiap
detik pasti nak rakam..
 |
| Sunset |
 |
| Pemandangan dari
atas.... bandar Dubro
Voda |
BUDVA, MONTENEGRO
Seterusnya kami stop di Budva.. Area ni banyak hotel dan tepi laut.. Ala2 Batu
Feringgi.. kami sempat bergambar di tepi pantai.. Cuaca sangat sejuk maybe sebab
tiupan angin laut ... Kalau pergi weekend mesti meriah area ni..
HOME @ KOTOR
Finally, kami sampai tempat yg dituju dalam pukul 8.30 pm.. Kami disambut oleh
owner dengan dessert dan wine 😃 .. Btw, the lady sangat la baik ... Rumah pulak
sangat la kemas and cantik.. Dan paling best rumah kami kali ni “home by the
bay”.... ala2 tinggal di kawasan org kaya.. Depan rumah ada yatch .. So tak rugi la
kami stay kat sini 2 malam... Sampai saja dirumah terus memasak n rest.. Harga
untuk 2 malam hanya Rm1400++
Agenda esok hari ronda bandar Kotor yang bersih lagi cantik
 |
Rumah kami di Kotor.. Ada 3 bilik..betul2 facing
Kotor bay... Rasa nak tinggal sini je.. |
Day 6
4/3
PERAST & KOTOR,
MONTENEGRO
Bangun pagi terus keluar rumah ... MasyaAllah the view sangat2 mengkagumkan..
Takjub .. Syurga dunia..bagaimana agaknya penduduk di situ .. Hari2 melihat view
yang cantik..kami dikelilingi black mountain.. Depan rumah ada dock .. Ada boat n
yatch.. Maybe penduduk sini punya.. Actually, hari ni kami tak de plan apa2.. Free n
easy.. Just explore bandar kotor..
 |
| View depan rumah
kami |
 |
| Buka tingkap bilik
nampak view ni |
Banyak aktiviti menarik di sini, boleh ke Old Town, Boat tour, blue cave etc..Setelah
berbincang kami bersetuju boat tour.. Banyak agen yang standby tepi jetty.. And
pakej berbeza-beza... Bolehla compare harga... Finally, kami memilih pakej ke Perast
and Our lady of the Rock (18 euro sorang)
 |
| Jalan2 di Kotor Old
Town.. |
Day 7
5/3
TRIBINJE, STOLAC & MOSTAR,
BOSNIA
GOOD BYE KOTOR
As usual.. Pagi2 dah prepare breakfast.. Hari ni kita breakfast heavy nasi lemak..
Sebab nak jalan jauh.. Pagi2 lagi kami dah berada di dock.. Tangkap gambar selagi
boleh... Hari ini juga cruise lalu depan kami.. Masha Allah cantik sungguh
view...Selesai bergambar.. Kami bersiap2 untuk meneruskan perjalanan ke Mostar,
Bosnia.. Sebelum pulang sempat bergambar dengan host rumah.. Both of them.. Sangat2 baik.. Ada rezeki, In Sha Allah ke sini lagi..
 |
| Sempat masak nasi lemak
last day kat Kotor |
 |
| Cruise lalu depan
kami |
 |
| Bergambar dengan owner
rumah sebelum check out |
Pukul 10.30 am kami bertolak dari Kotor.. Perjalanan dari Montenegro ke Bosnia
agak mencabar juga.. Laluan kami dikelilingi gunung ganang..Ada ketika kami
berada di puncak bukit..
Antara momen yg paling scary bilamana kami salah jalan.. Berpandukan google
map.. Kami diberi 2 options.. Kami memilih jalan yg terdekat.. Google mambawa
kami mendaki bukit, dengan laluan yang sempit dan curam.. Sehingga kami
berada dipuncak bukit.. Kemudian menuruni bukit sehingga ke sebuah
perkampungan.. Perasaan lega apabila nampak rumah orang ... Selepas merentasi
kampung tersebut.. kami tiba di pos kawalan.. Kami terus menghulurkan passport
kepada pegawai yang bertugas di situ... Sungguh tak friendly.. Pegawai tersebut
meminta kami patah semula kerana border tersebut hanya untuk local people and
not for international border.. kami dah tersilap jalan.. kerisauan kembali semula
apabila memikirkan nak melalui jalan bukit tadi.. Apa yg boleh kami buat ialah
berserah pada Allah...
Alhamdulillah akhirkya kami sampai ke jalan utama dan
jumpa international border.. Apabila aku search google .. Rupanya area situ adalah
kawasan perkampungan orang serbia.. Patutla bengis semacam pegawai tadi.
 |
Disebabkan perasaan takut dengan
ketinggian.. Tak banyak gambar
diambil kat laluan ni.. Hanya
terowong ni yg sempat snap
Nampak tak di hujung terowong tu
macam curam je |
 |
| Salah border |
Perjalanan ke Bosnia ni .. Sebenarnya mengingatkan aku kisah perang Bosnia pada
tahun 1994..sepanjang perjalanan.. Sesekali terjumpa bangunan2 yang terkesan
akibat perang... Seeloknya baca kisah sejarah dahulu bilamana berada di Bosnia ni ..
Baru kita lebih faham dengan apa yg kita nampak depan mata...
Sebelum sampai Mostar, kami singgah di beberapa kawasan iatiu Tribinje dan
Stolac.. Setiap kali singgah di sesuatu kawasan aku akan google untuk melihat info
berkaitan kawasan tersebut untuk mengetahui apa yang terjadi pada kawasan tersebut
ketika perang dulu....
TRIBINJE
Destinasi pertama ialah Tribinje.. Dalam itenari memamg tak ada masuk dalam
list .. Since nak ke Morstar perlu ikut sini.. Jadinya kami ambil peluang melawat
bandar ni.. Info from google kata this is one of the best city to visit in Bosnia.. Very
calm and the prettiest city.. Berpandukan info dari Google .. Kami menuju ke
Crkvina hill untuk dapatkan the best view of Tribinje.. Rupanya kat atas bukit ini
ada sebuah gereja terkenal Kristian Orthodox iaitu Herzegovinian Gračanica. So,
from the hill boleh la nampak sungai Tribinje dengan jambatan lama Arslanagić
bridge yang dibina sekitar abad ke 16..
Berdasarkan info dari google juga, Tribinje ni kawasan serbia .. Sewaktu perang 10
buah masjid musnah dan Bosniak semua lari tinggalkan kawasan ni... Kami
hanya menikmati view dari atas bukit ni.. Dan seterusnya bergerak ke Stolac..
 |
| Panoramic view from the
hill.. jambatan Arslanagić |
Kami tiba di Stolac lebih kurang pukul 4 pm.. Terus singgah Carsija Mosque..
Waktu ni hujan, nak ambil wudhu ..air punya la sejuk.. Masjid ini dibina pada
tahun 1529..boleh la google untuk baca sejarah masjid ni.. Stolac is the oldest city in Bosnia.. Kawasan warta UNESCO..Dikatakan kawasan
ni banyak tapak arkeologi dan bahan sejarah ..kat sini ramai muslim.. Selesai
solat, kami terus ke restoran bersebelahan masjid .. Restoran Han ..kali ni kita try
traditional food Bosnia .. Disebabkan masa yg suntuk.. Kami teruskan perjalanan
ke Mostar.. Anyway dapat juga lihat tempat bersejarah di Stolac.. Kawasan area
masjid ni adalah salah satunya..
 |
| Masjid Carsija dibina pada abad ke 15 |
 |
| Makan @ Restoran Han.. Sebelah masjid |
Kami tiba di Mostar lebih kurang pukul 7 pm.. Waktu masih awal..tapi aku dah
tak larat nak berjalan .. So rest kat rumah je..Area apartment kami ni berdekatan
dengan tourist attractions.. Dekat juga dengan supermarket dan sebuah gereja
utama.. Rumah kami kali ni apartment.. Tingkat 3 .. Kali ni ada lif.. Parking
kereta tak ada masalah.
 |
| Our home @ Mostar |
Day 8
6/3
MOSTAR,
BOSNIA HERZEGOVINA
Aktiviti kami hanya di sekitar Mostar.... Awal pagi kami bertolak ke Blagaj. Tekija
Blagaj adalah pusat sufi Derwish yang dibina di zaman kerajaan Uthmaniyyah
kira-kira 500 tahun lalu.
Disebabkan terlalu awal.. Hanya beberapa gerai souvenir saja yang buka..Kebetulan
waktu kami sampai.. Tak ramai pelancong.. So mudah untuk kami
bergambar..restoran pun belum dibuka.. As usual, fridge magnet wajib beli and aku
beli juga madu bosnia.. Yang dijual oleh seorang pakcik tua muslim..
 |
| Tenang di Blagaj... |
Seterusnya kami ke Kalima Resort for lunch.. Tak jauh dari Blagaj.. Area ini antara
yang terkesan waktu perang dulu. Kalima resort ni muslim owner.. Ada surau kat
sini.. Food dia agak mahal sebab konsep resort..
Dekat satu kawasan berdekatan.. Ada diletakkan tugu dan gambar2 lelaki yang shahid dalam perang ...kampung ni pernah diserang oleh tentera serb sewaktu
perang dulu.
 |
| Lunch @ Kalima Resort |
 |
Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Rajiun |
Sebelah petang pula kami bersiar- siar di area Mostar Bridge.. tourist attraction..
Kedai banyak tutup.. Tak sempat nak shopping..Hanya sempat beli ice cream je...
Kami juga solat di masjid berdekatan.. Masjid yg dibina pada abad ke 14..Selesai
solat, singgah Mostar Bridge .. Ambil gambar view malam pulak.. Then, pulang
terus ke rumah..
 |
| Old Town Mostar & Bazaar |
 |
| Mostar bridge |
Day 9
7/3
SARAJEVO,
BOSNIA HERZEGOVINA
Selesai breakfast, kami bertolak ke Sarajevo awal pagi. Aktiviti di Sarajevo akan
bermula sejurus kami tiba. Jarak di antara Sarajevo dan Mostar tak lah jauh sangat..
Pemandangan dari Mostar ke Sarajevo sangat cantik.. Ada satu kawasan iaitu
Jablanica yang pelancong wajib singgah dan menikmati kambing bakar.
Disebabkan kesuntukan masa kami hanya berhenti bergambar.
Sampai sahaja di Sarajevo di sekitar jam 11.30 am, kami terus ke hotel untuk check
in,.
Hotel kami berdekatan dengan tourist attractions. Pemandu pelancong dah
standby tunggu di lobby untuk bawa kami walking tour. Kami bersetuju untuk
menggunakan khidmat tourist guide sebab nak tahu sejarah bangunan2 yg ada di
Sarajevo. So, dari hotel, the tourist guide bawa kami ke tempat2 bersejarah sambil
menerangkan kisah-kisah yang berlaku di situ. Salah satunya, tempat di mana
tercetusnya perang dunia 1, tapak pembunuhan Frank Ferdinand. Tempat terakhir
ialah di Bangunan Nasional Lib.
 |
Rumah2 ibadat di Sarajevo
|
 |
| Lokasi di mana penembak
Frank Ferdinand berdiri |
 |
| Bangunan
National Lib |
Setelah selesai, kami berjalan semula ke Bascarsija. Bascarsija dikenali juga
sebagai old town.. Di sini memang tempat tarikan pelancong dimana banyak
kedai2 souveneir, historical and cultural center juga. Kami lunch di salah sebuah
restoran. Then, pulang ke hotel.
 |
| Lunch @ Bascarjica |
 |
| Bilik hotel kami..Tidur
sambil tengok bintang |
Pada sebelah petangnya pula, dalam pukul 5 pm kami bergerak ke Yellow Fotress,
tempat ni atas bukit dan boleh view the city of Sarajevo.. Actually yellow fotress
adalah sebuah benteng bersejarah zaman Otomman.. Namun begitu, kebanyakan
orang ke sini untuk melihat sunset dan juga keindahan bandar Sarajevo. Waktu
kami di sini, cuaca sangat2 sejuk.. Maybe disebabkan angin juga.
Walaupun di Sarajevo hanya 2h 1m, namun kami dapat cover tempat2 yang wajib visit.
 |
View from Yellow Fotress.. Yg putih2 tu
perkuburan orang islam |
Day 10
8/3
Good bye Bosnia!!
Flight ke Istanbul akan berlepas pada pukul 1.30 pm. Jadi kami masih ada masa beberapa
jam untuk ronda kawasan sekitar sebelum ke airport. Seawal pagi kami sekali lagi
ke Old town untuk bergambar.. As usual, mana2 tourist akan bergambar dekat
Sebilj fountain.. Since semalam tak sempat nak bergambar dan beli souvenier, hari
ni kami ke sana semula.. Kedai banyak tak buka lagi... Ada satu dua kedai
souvenir yang buka.. Sempatla beli buah tangan ..Kami juga sempat breakfast di
sini..
 |
| Selbij fountain |
 |
| Cari souvenir |
 |
| Breakfast di
Bascarsija |
Selesai breakfast, kami terus ke airport and hantar kereta sewa..
 |
| Total milage:
5771km |
 |
| Serahan kunci
kereta |
 |
| Good bye Bosnia.. |
Kami tiba di Istanbul dalam pulul 2.30 pm .. Ambil taxi ke hotel.. Hotel kami tak
jauh dengan main attractions.. Walking distance tapi disebabkan Turki ni
berbukit2 .. Jadinya azab juga nak berjalan...
Sebelah malam kami ke Restoran Nur Muhammad.. Milik global ikhwan..
Masing2 pekena roti canai..Restoran2 ditepi jalan masih lagi meriah.. Jus delima
wajib dibeli bila di Turki.. Banyak je jual tepi jalan.
Nota: Kalau nak booking accomodation.. cari area restoran Nur Muhamad atau berdekatan dgn Sultan Ahmet park.. sebab situ jalan mendatar .. tak berbukit.. tapi price maybe mahal sikit la..
 |
Dinner @ Nur Muhammad milik Global Ikhwan |
Day 11
9/10
ISTANBUL, TURKI
Pukul 9.30 am kami dah tiba Grand Bazaar..pusing2 dalam grand bazaar..
Banyak yang menarik.. Aku hanya beli souvenir .. Kami spent about 3 hrs dalam
ni.. Then singgah makan gerai tepi jalan .. Makan kebab je.. Kemudian balik ke
hotel..
Nota: Kalau nak souvenir dan Turkish delight yang murah, better beli kedai2 tepi jalan… boleh dapat half price dari grand bazaar..
 |
| Shopping @ Grand Bazaar |
Petangnya pula masing2 ada agenda .. Aku n hubby keluar berjalan2 di Sultan
Ahmet Park.. Lepak and makan jagung di kala cuaca yg dingin.. Menikmati
keindahan senibina Hagia Sofia dan Blue Mosque..
Selesai Maghrib, kami ke restoran Nur Muhammad for dinner.. Selesai dinner..
Window shopping kedai2 tepi jalan .. Sempat juga masuk kedai karpet.. Masha Allah..
Cantik karpet kat sini.. Nak je bawa balik satu.. Then balik ke hotel..packing barang n
rest....esok nak balik dah..
 |
| Last shopping |
Day 12
10/3
Pukul 10.30 am kami dah bertolak ke Airport.. Welcome back to Malaysia!!!
Link of accomodations (untuk 5 - 6 orang)
Istanbul, Turki
EXPENSES
Flight ticket:
Return Ticket (KUL-Doha-IST) - Rm 2788
SAR - IST - RM351
Bus Fare (istanbul - Sofia) - RM190
One day pass ticket train (Sofia) -= RM 13 (4.5 Bulgarian)
Accomodation:
Sofia 2h 1m = Rm445/5 = RM89
Ohrid 2h 1m = RM341/5 = RM 68
Shkoder 2h 1m = RM282/5 = RM 56
Kotor 3h 2m = RM1417/5= RM283
Mostar 3h 2m = RM1204/5 = RM241
Sarajevo 2h 1m= RM556/5 = 111
Istanbul 3h 2m = RM 400/5 = RM80
Others:
Car rental =Rm3995 /5 = RM799
Border charge : RM476
Car fuel : RM197 + RM295 + RM923 = RM 1415 / 5 =RM283
Boat Cruise (Ohrid) = Rm 51 (10 Euro)
Boat Tour (Kotor) = RM93 (18Euro)
Airport transfer IST = RM93 (90 Euro / 5 = 18Euro)
Total = RM6068 each person
Nota: Selesai Balkan trip, lengkaplah 28 negara yang aku jejaki. Pengalaman trip kali ini, amat bermakna.. maybe sejarah Balkan pernah dijajah oleh İslam.. banyak bangunan/ masjid yang di tinggalkan oleh kerajaan Ottoman..
Balkan juga mempunyai pemandangan yang cantik setanding dengan Swiss.. Dan kos di sini amat murah berbanding dengan Western Europe..
Sepanjang aku travel ke overseas, biasanya aku DIY berbanding guna agent.. kami juga memilih public transport atau drive sendiri. Jadi kita punya masa sendiri tanpa perlu terikat dengan jadual. Untuk accomodation, Kalau boleh cari apartment/rumah/hostel yang boleh memasak.. so boleh la jimat dari segi food..
Virtual Tour: