Monday, July 22, 2024

TRAVELODGE BALKAN : 28/2 - 11/3 2024

Jom ikut saya terokai Balkan!!✈
6 countries, 13 cities

Rancangan bercuti kali ini dibuat dalam tempoh yang singkat... Kali terakhir aku bercuti di Europe pada tahun 2019. Since dah lama tak bercuti oversea, so kali ini aku bertekad kena pergi juga ... Memandangkan aku belum pernah ke Balkan, jadinye trip kali ini aku and travel buddies decided to go to Balkan... Trip kali ini kami berlima... As usual, aku, Hubby , Wan & hubby and Joe.


Since kami semua belum pernah ke Balkan, jadinya aku ambil inisiatif membaca blog dan info dari internet. Sebulan sebelum trip, aku dan Joe seperti biasa paling busy. Iternari, tiket dan hotel kami rancang ... Yang lain just follow... Setelah diambil kira masa dan kos, perjalanan kami kali ini 13h 12m dan meliputi 6 buah negara. Jom lihat iternari!!..

  • 28/2 Depart from Kl 
  • 29/2 Arrive Sofia 
  • 1/3 Sofia (Bulgaria) > Skopje > Ohrid (New Macedonia) 
  • 2/3 Ohrid (New Macedonia) > Tirana (Albania) > Shkoder (Albania) 
  • 3/3 Shkoder (Albania) > Kotor (Montenegro) 
  • 4/3 Montenegro 
  • 5/3 Kotor (Montenegro) > Mostar (Bosnia) 
  • 6//3 Mostar (Bosnia) 
  • 7/3 Mostar (Bosnia) > Sarajevo (Bosnia) 
  • 8/3 SAR - Istanbul 
  • 9/3 Istanbul 
  • 10/3 Istanbul - KL
Kali ini kami pergi dengan penerbangan Qatar Airways.. KUL- IST. Tiket pergi balik RM2788. Transit di Doha. . Overall Qatar Ok except meal... Alhamdulillah perjalanan kami mengikut jadual. Nota: Nak ke Balkan, boleh direct flight from KL to any Balkan Countries.. Kebetulan tiket mahal araunc 3k above... jadi kami ambil flight KUL to IST .. Then feom IST naik bas to Sofia, Bulgaria. Terpulang bajet masing-masing... 


Day 1 
28/2 

KLIA & ON BOARD
Flight kami berlepas pada pukul 9.50 am. Kami perlu berada di KLIA pada pukul 6 am untuk check in. So pukul 4 am perlu bertolak dari rumah. Dengan bantuan Sayuti kami menempah sebuah van untuk ke KLIA. Bertolak dari rumah dalam pukul 4 am, tiba di KLIA Sebelum subuh. Subuh di KLIA. Surau sangat crowded dengan rombongan Umrah.. Dah tiba masanya KLIA di upgrade.. Selesai solat kami terus ke kaunter untuk urusan check in.. Plan awal nak breakfast.. tapi salah percaturan. Rupanya selepas melepasi imigresen, kami tak jumpa cafe or restaurant..So terpaksa la menahan lapar ... But for the first time, baru perasan ada taman kat dalam balai perlepasan.. Siap ada air terjun lagi... Sempat le bergambar kat dalam tu...

Taman di KLIA
     
Luggage siap wrapping
                               
Alhamdulillah penerbangan kami berlepas tepat seperti di dalam jadual. Sejam selepas take off kami dihidangkan dengan makanan.... Perjalanan mengambil masa 13 jam..


Meal on board

Day 2 
29/2 

ISTANBUL & SOFIA, BULGARIA 
Tiba di Istanbul sekitar jam 6 pm. Cuaca agak sejuk dalam 10 C. Dari airport kami perlu bergerak ke bus station untuk ke Sofia, Bulgaria. tiket bas telah ditempah pada pukul 11.50 pm (28 / 2). Sampai saja di Istanbul central bus station, kami didatangi oleh seorang lelaki untuk menawarkan pertolongan. Alhamdulillah banyak yang dibantu dan ini memudahkan urusan kami. Namun begitu, ada sedikit masalah berkenaan dengan tiket. Staf tak dapat mencari tiket yng telah ditempah di dalam talian.. Finally semuanya selesai...kami dibenarkan untuk bertolak awal kerana bas pukul 10.30 pm tak ramai orang...

Syarikat Bas Arda Tur bersedia untuk berlepas.

Loading luggage

 Di kaunter tiket
Istanbul Cenrtal Bus Station 


Nota: 
Perkara yang aku pelajari, tak perlu kita booking online ticket untuk ke Bulgaria...In Sha Allah boleh je beli secara walk in.. Banyak bas ke Bulgaria ...Btw, ada 2 cara dari Turki ke Bulgaria iaitu bas dan train... Kereta sewa tiada from Turki jika ingin ke negara Balkan...

Perjalanan dari Turki ke Sofia mengambil masa 6 jam... Bas hanya berhenti 2 kali di Mustafa RnR dan juga di border control ... Kami juga diberi kek dan air kotak sebagai bekalan oleh syarikat bas.. Penumpang tidak begitu ramai.. Jadi dapatlah kami tidur dengan selesa di dalam bas..


Welcome to Bulgaria - Border Control

 Hentian R n R (Mustafa)..
Cuaca ketika ni sangat sejuk iaitu 8 C..
Dekat sini ada dijual makanan panas . 

 Menanti untuk cop passport di border pass control..
 Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar dan cepat..
Maybe sebab awal pagi iaitu sekitar 2 am .. Jadinya tak ramai orang


Kami tiba di Sofia, Bulgaria dalam pukul 6 am. Dari bus station kami berjalan kaki ke Masjid Banya Bashi untuk solat subuh. Sebenarnya ada je taxi.. 10 euro for each person.. agak mahal and masjid pun tak jauh sangat.. Jadinya kami berpakat berjalan kaki walaupun sebenarnya agak letih...Kami sempat menunaikan solat subuh di Masjid .. Masjid dikunci setelah selesai waktu subuh.. 

Selesai solat kami bergambar di sekitar masjid.. actually masjid ini berada di tourist spot. Ada beberapa bangunan sejarah di sini .. Oleh kerana dah penat.. Kami mengambil keputusan untuk membeli one day pass ticket (4.50 Bulgarian sorang). Bergerak ke apartment dengan train. Train station tak jauh dari masjid. Tiket tersebut boleh juga digunakan untuk explore bandar Sofia.sampai malam.

 Walaupun badan penat selepas hampir 24 jam
perjalanan tapi tetap gigih mengheret beg untuk ke masjid

Beg disusun sementara kami bergambar di sekitar kawasan masjid.
Seawal pagi dah ada gerai2 souvenir.

Kita naik train explore Sofia.. Jimat!!!

Tiba di apartment sekitar jam 8.30 am. kami dibenarkan check in awal.. Sampai sahaja dirumah terus keluarkan makanan masing2 ...then aku ambil peluang tidur sebentar..Di sini kami juga boleh memasak.. Peralatan asas dapur ada disediakan.. So tak perlu fikir cari kedai halal .. Ia juga menjimatkan. Dalam pukul 11 am kami mula melawat bandar Sofia.. Dengan one day ticket, kami selesai explore bandar Sofia dengan train. Ambil gambar sana sini untuk kenangan saja. Lebih kurang jam 5 pm.. Kami tiba di apartment..masa untuk berehat... Esok nak sambung perjalanan jauh lagi...



Banya Bashi Mosque


National Palace of Culture

Ancient Serdica Complex

The Bulgarian Parliament Building

St. Alexander Nevsky Cathederal

Shopping Chocolate



Nota: Kalau nak travel Sofia, Bulgaria, saya cadangkan 2h 1m pun dah cukup. Paling max 3h 2m. Day trip pun dah cukup for city tour. Sofia ni banyak bangunan lama.. Kalau tak silap, Sofia ni adalah bandar lama.. Kalau tgk binaan bangunan, mungkin Sofia ni pernah menjadi sebuah kota yang maju pada masa dahulu.. Kat sini tak ada yang menarik untuk shopping..hanya beli souvenier untuk kenangan je..Untuk halal food pula.. Ada je kedai halal di sini especially area masjid.. Makanan turkey banyak dijual kat sini.. Halal meat pun ada dijual Sini banyak cathederal, cantik senibina bangunan mereka. Sesiapa yang minat senibina.. Sesuai datang ke sini..

HOME @ SOFIA....

Semua penginapan pada trip kali ini ditempah di platform Air BnB dan juga Booking. com. Alhamdulillah semuanya memuaskan... Apartment di Sofia juga memuaskan.. Lokasi betul2 di shopping area and tourist spot..tak jauh dari Vitosha Street ..cumanya apartment ini tiada lif and terpaksa panjat hingga ke tingkat empat...namun begitu rumah sangat cantik dan bersih..Harga semalam RM445....




Bersih, kemas & cantik



KERETA SEWA... 
Kos keseluruhan kereta sewa sebanyak RM3995. Pick up di Bulgaria and drop off the car kat Sarajevo. Kami sewa dari 1-8 March. Jika ingin memandu pastikan at least 2 driver...driver juga dinaslhatkan memohon international licence.. Kereta di sini dipandu sebelah kiri. So kena biasakan diri pandu kiri... Caj sebanyak 450 euro juga dikenakan untuk merentasi border beberapa buah negara...caj dikenakan mengikut jumlah negara yang kita lawati...




Nota: Bila booking kereta, make sure caj border inclusive atau tidak... dan jangan lupa cover sekali dengan insurans 


Day 3 
1/3 

SKOPJE, NORTH MACEDONIA
Hari ni kami bertolak ke Ohrid, North Macedonia. Perjalanan kali ni agak jauh. Lebih kurang 5 jam..Kami menyewa kereta. Pagi2 lagi the boys dah pergi ambil kereta sewa di airport...lebih kurang jam 11 am kami check out apartment dan mulakan perjalanan. Kami perlu merentasi border Bulgaria dan North Macedonia. Alhamdulillah proses merentasi border berjalan lancar. 

Kami singgah di Skopje pada pukul 3.30 pm.. Solat jamak Zohor dan Asar di Masjid Mustapha Pasha berdekatan dengan Old Town.. Kami lunch di restoran berdekatan masjid di deretan kedai Old town bazaar. 

Bandar Skopje ni ramai juga pengemis, tak kira perempuan, lelaki dan kanak kanak .. Macam2 mereka lakukan untuk mengemis...ada satu insiden, kami didatangi seorang lelaki yang menawarkan untuk mencuci kenderaan sementara kereta berhenti di traffic light.. Selepas kereta mula bergerak ... Lelaki tersebut meminta wang ..kami terus bergerak tanpa memberi wang.. Lelaki tu marah dan meludah kereta kami... Satu lagi insiden. di traffic light.. Seorang wanita dengan baby mengetuk tingkap kereta meminta wang.. Kami menghulurkan sejumlah wang dan kemudian datang pula seorang wanita yang lain meminta wang... Moral of the story, apabila di kota Skopje, kita perlu berhati-hati terutamanya pick pocket... 

Sebenarnya, kota Skopje banyak tempat boleh dilawati..banyak historical monumen.. Tapi kami skip Skopje sebab kesuntukan masa...So lawatan kami ke Skopje hanya tertumpu area Old Bazzar dan Masjid Mustapha Pasha. Selesai solat dan lunch kami terus bergerak ke Ohrid. BYE SKOPJE...

Jalan dari Skopje ke Ohrid ikut google map seperti merentasi hutan.. Dengan cuaca yang gelap dan hujan agak merbahaya.. Sepanjang perjalanan, lampu jalan tiada dan agak gelap.. Di satu kawasan, kabus sangat tebal dan jarak penghilatan sangat dekat... Jam baru 6 pm tapi seperti tengah malam ... Namun begitu, ada je kawasan rehat dan ramai yg berhenti mengopi.. Walaupun keadaan jalan di kawasan hutan dan bukit tapi banyak kereta dan lori .. Mungkin ini adalah jalan utama antara Ohrid dan Skopje...kami tiba di Ohrid pada pukul 8 pm...

Masjid Mustafa Pasha
 Kanak2 Maceedonian excited jumpa kami

 Di deretan kedai Old Bazaar


Mengopi di hentian rehat otw to Skopje..
Nama tempat ni Kriva Palanka

Day 4 
2/3 

OHRID, NORTH MACEDONIA 

Alhamdulillah.. tidur yang lena after long journey... Rumah yang kami sewa ni di tepi tasik Ohrid.. View sangat cantik...from the balcony boleh nampak tasik terbentang luas..Seawal pagi dah prepare breakfast ...hari ni kami kami breakfast maggi...


 View dari ruang tamu terus nampak lake Ohrid.

 Prepare breakfast by chef Shila n chef Joe

Walaupun maggi tetap menyelerakan...

 Mengabadikan kenangan dihadapan rumah kami..
 ada rezeki kami ke sini lagi 


Next, kami akan ke Tirana & Shkoder di Albania. Tapi sebelum ke sana, jom melawat dulu sekitar Ohrid...pekan Ohrid ni tak besar mana pun.. Tarikan utama of course tasik Ohrid dan kota istana lama... Di sini banyak church dan majoriti kristian... 

Aktiviti kami di sini naik boat cruise... Bayar seorang 10 euro dan kami dibawa keliling tasik selama 1 1/2 jam... berbaloi juga... View sangat superb.. Tasik ni sangat jernih.. Kalau musim panas.. ramai yang swimming... Tasik ini juga adalah tasik tertua di Europe... OHRID dalam kenangan...💓👋






 Gambar2 sewaktu boat cruise...
Indahnya ciptaan Allah swt. Saujana mata memandang



TIRANA, ALBANIA
Selesai boat cruise.. Kami terus bergerak ke Tirana, Albania dalam pukul 12 pm ...kami tiba di Tirana pada pukul 3.30 pm dan hanya pusing-pusing bandar Tirana. Singgah New Bazar...bazar ni macam local market..ada jual macam2.. Sourvenier, rempah ratus, honey, buah- buahan yg segar etc.. Oleh kerana di sini hanya terima mata wang Albania...Makanya aku tak beli apa2..sebab takut tak guna duit mereka nanti. 

Buah-buahan pun segar bugar..
Malangnya duit Euro mereka tak terima 


New Bazar.. Macam2 ada kat sini..

Di Albania, kami bermalam di Shkoder.. Selesai pusing bandar Tirana.. Kami terus ke Shkoder.. Perjalanan antara Tirana dan Shkoder dalam 11/2 jam..Tiba di apartment sebelah malam... Aktiviti kami di Shkoder bermula keesokan harinya ...


Day 5 
 3/3

SHKODER, ALBANIA 
Tepat pukul 9 am kami check out .. Then pusing town .. Jalan- jalan di kawasan local market.. Orang Shkoder tak friendly.. Mereka tak suka kita rakam video ... Kami dimarahi kerana merakam aktiviti mereka sedang berniaga di pasar... Maybe hanya orang tua je kot... 

Kami juga sempat menikmati makanan di restoran Puri .. recommended by tourist yg datang ke sini..Selesai makan, kami ke Masjid untuk solat jamak zohor dan asar..

 Pemandangan dihadapan apartment kami..
Nasib la rumah kami first floor so tak perlu panjat tinggi2


Menu Restoran Puri, Aku order Rice with Gullash, Kebap n Grilled Chesse..
 Grill Chesse sedap sangat!!


 Menikmati makanan di Puri restoran

 Solat di masjid Abu Bakar. Masjid ini dibina
pada tahun 1995 oleh usahawan Arab


Selesai solat kami ke Mesi Bridge and Rozafa castle..then, kami terus bergerak ke next country iaitu Montenegro...Actually banyak tempat menarik untuk dilawati di Albania... Kami hanya berkesempatan melawat dua tempat je..


 Mesi Bridge

Rozafa Castle kat atas bukit tu.. 


Our next stop adalah Kotor, Montenegro.. sekali lagi kami perlu merentasi border.. Alhamdulillah proses berjalan dengaan lancar.. Perjalanan kami dari Albania ke montenegro dihidangkan dengan pemandangan yang indah, saujana mata memandang... Actually, Albania ni kaya dengan keindahan alam.. Ada satu kwasan kampung yang dikenali sebagai Theth.. Sangat cantik n worth to explore.. Maybe next time kita pergi sini pulak.. Bye2 Albania.. Till we meet again.... 💓💓

Kami menelusuri bukit bukau dan lalu ditepi sungai yang jernih... Jalan di Montenegro banyak bukit. Nama Montenegro itu sendiri bermaksud “black mountain”.. Jadinya jalan yg kami lalui dikelilingi oleh mountain..ada sesekali kami memilih laluan kampung...dapat la kami melihat rumah2 kampung dan kehidupan mereka.. 

Sebelum sampai ke destinasi, banyak tempat yang kami singgah kerana ingin mengabadikan memori di tempat2 tersebut.. Tambahan pula pemandangannya sangat indah. Antaranya Vladimir, Budva dan Dubro Voda... View kat sini memang tak jemu mata memandang.. Setiap detik pasti nak rakam.. 

 VLADIMIR, MONTENEGRO 
Tempat persinggahan yang pertama ialah black mountain park di Vladimir. Tujuan utama nak ke toilet.. Actually kawasan ni macam park di Malaysia juga.. Cumanya pemandangan sgt indah.. Dikelilingi oleh black mountain... Dengan cuaca yang dingin.. Of course la rasa takjub... Ramai la mak ayah bawa anak2 main di taman.. 

 Black mauntain Park ..Amazing view..

 Ini jalan kampung..

 Saja snap gambar ni sebab warna hijau,
 rumah and pokok..hasilnya wow..


DUBRO VODA, MONTENEGRO
Destinasi kedua kami stop di Dubro Voda... melihat laut luas terbentang sambil menyaksikan sunset... View kat sini memang tak jemu mata memandang.. Setiap detik pasti nak rakam..


Sunset


Pemandangan dari atas.... bandar Dubro Voda


BUDVA, MONTENEGRO
Seterusnya kami stop di Budva.. Area ni banyak hotel dan tepi laut.. Ala2 Batu Feringgi.. kami sempat bergambar di tepi pantai.. Cuaca sangat sejuk maybe sebab tiupan angin laut ... Kalau pergi weekend mesti meriah area ni..





HOME @ KOTOR
Finally, kami sampai tempat yg dituju dalam pukul 8.30 pm.. Kami disambut oleh owner dengan dessert dan wine 😃 .. Btw, the lady sangat la baik ... Rumah pulak sangat la kemas and cantik.. Dan paling best rumah kami kali ni “home by the bay”.... ala2 tinggal di kawasan org kaya.. Depan rumah ada yatch .. So tak rugi la kami stay kat sini 2 malam... Sampai saja dirumah terus memasak n rest.. Harga untuk 2 malam hanya Rm1400++ Agenda esok hari ronda bandar Kotor yang bersih lagi cantik





 Rumah kami di Kotor.. Ada 3 bilik..betul2 facing Kotor bay...
Rasa nak tinggal sini je..



Day 6 
 4/3

PERAST & KOTOR, MONTENEGRO
Bangun pagi terus keluar rumah ... MasyaAllah the view sangat2 mengkagumkan.. Takjub .. Syurga dunia..bagaimana agaknya penduduk di situ .. Hari2 melihat view yang cantik..kami dikelilingi black mountain.. Depan rumah ada dock .. Ada boat n yatch.. Maybe penduduk sini punya.. Actually, hari ni kami tak de plan apa2.. Free n easy.. Just explore bandar kotor..


 View depan rumah kami

Buka tingkap bilik nampak view ni


Banyak aktiviti menarik di sini, boleh ke Old Town, Boat tour, blue cave etc..Setelah berbincang kami bersetuju boat tour.. Banyak agen yang standby tepi jetty.. And pakej berbeza-beza... Bolehla compare harga... Finally, kami memilih pakej ke Perast and Our lady of the Rock (18 euro sorang) 



Shopping souveneir @ Perast

 Enjoy the scenery of Perast

 Our Lady of the Rock


Selesai boat tour, kami terus ke Kotor Old Town.. dalam Old Town ni ada kedai Hard Rock, gift shops, restoran, hotels, churches etc. Kalau masih bertenaga boleh je panjat tangga sampai ke puncak San Giovanni Fortress.. Dapat la tengok view Kotor Bay.. Aktiviti kami hari ni kejap je.. Dalam pukul 3pm balik ke rumah... Kat rumah pun view dah cantik.. So balik rumah .. Masing2 rest... Dekat luar pun hujan.. So kami hanya stay di rumah, masak utk dinner n tidur.. Esok nak sambung perjalanan jauh lagi...




 Jalan2 di Kotor Old Town.. 



Day 7 
 5/3


TRIBINJE, STOLAC & MOSTAR, BOSNIA

GOOD BYE KOTOR 
As usual.. Pagi2 dah prepare breakfast.. Hari ni kita breakfast heavy nasi lemak.. Sebab nak jalan jauh.. Pagi2 lagi kami dah berada di dock.. Tangkap gambar selagi boleh... Hari ini juga cruise lalu depan kami.. Masha Allah cantik sungguh view...Selesai bergambar.. Kami bersiap2 untuk meneruskan perjalanan ke Mostar, Bosnia.. Sebelum pulang sempat bergambar dengan host rumah.. Both of them.. Sangat2 baik.. Ada rezeki, In Sha Allah ke sini lagi..

Sempat masak nasi lemak last day kat Kotor

 Cruise lalu depan kami 

Bergambar dengan owner rumah sebelum check out

Pukul 10.30 am kami bertolak dari Kotor.. Perjalanan dari Montenegro ke Bosnia agak mencabar juga.. Laluan kami dikelilingi gunung ganang..Ada ketika kami berada di puncak bukit.. Antara momen yg paling scary bilamana kami salah jalan.. Berpandukan google map.. Kami diberi 2 options.. Kami memilih jalan yg terdekat.. Google mambawa kami mendaki bukit, dengan laluan yang sempit dan curam.. Sehingga kami berada dipuncak bukit.. Kemudian menuruni bukit sehingga ke sebuah perkampungan.. Perasaan lega apabila nampak rumah orang ... Selepas merentasi kampung tersebut.. kami tiba di pos kawalan.. Kami terus menghulurkan passport kepada pegawai yang bertugas di situ... Sungguh tak friendly.. Pegawai tersebut meminta kami patah semula kerana border tersebut hanya untuk local people and not for international border.. kami dah tersilap jalan.. kerisauan kembali semula apabila memikirkan nak melalui jalan bukit tadi.. Apa yg boleh kami buat ialah berserah pada Allah... 

Alhamdulillah akhirkya kami sampai ke jalan utama dan jumpa international border.. Apabila aku search google .. Rupanya area situ adalah kawasan perkampungan orang serbia.. Patutla bengis semacam pegawai tadi. 

Disebabkan perasaan takut dengan ketinggian..
Tak banyak gambar diambil kat laluan ni..
Hanya terowong ni yg sempat snap
 Nampak tak di hujung terowong tu macam curam je


 Salah border 

Perjalanan ke Bosnia ni .. Sebenarnya mengingatkan aku kisah perang Bosnia pada tahun 1994..sepanjang perjalanan.. Sesekali terjumpa bangunan2 yang terkesan akibat perang... Seeloknya baca kisah sejarah dahulu bilamana berada di Bosnia ni .. Baru kita lebih faham dengan apa yg kita nampak depan mata... Sebelum sampai Mostar, kami singgah di beberapa kawasan iatiu Tribinje dan Stolac.. Setiap kali singgah di sesuatu kawasan aku akan google untuk melihat info berkaitan kawasan tersebut untuk mengetahui apa yang terjadi pada kawasan tersebut ketika perang dulu....


 TRIBINJE
Destinasi pertama ialah Tribinje.. Dalam itenari memamg tak ada masuk dalam list .. Since nak ke Morstar perlu ikut sini.. Jadinya kami ambil peluang melawat bandar ni.. Info from google kata this is one of the best city to visit in Bosnia.. Very calm and the prettiest city.. Berpandukan info dari Google .. Kami menuju ke Crkvina hill untuk dapatkan the best view of Tribinje.. Rupanya kat atas bukit ini ada sebuah gereja terkenal Kristian Orthodox iaitu Herzegovinian Gračanica. So, from the hill boleh la nampak sungai Tribinje dengan jambatan lama Arslanagić bridge yang dibina sekitar abad ke 16.. 

Berdasarkan info dari google juga, Tribinje ni kawasan serbia .. Sewaktu perang 10 buah masjid musnah dan Bosniak semua lari tinggalkan kawasan ni... Kami hanya menikmati view dari atas bukit ni.. Dan seterusnya bergerak ke Stolac..

 Panoramic view from the hill.. jambatan Arslanagić 


 STOLAC
Kami tiba di Stolac lebih kurang pukul 4 pm.. Terus singgah Carsija Mosque.. Waktu ni hujan, nak ambil wudhu ..air punya la sejuk.. Masjid ini dibina pada tahun 1529..boleh la google untuk baca sejarah masjid ni.. Stolac is the oldest city in Bosnia.. Kawasan warta UNESCO..Dikatakan kawasan ni banyak tapak arkeologi dan bahan sejarah ..kat sini ramai muslim.. Selesai solat, kami terus ke restoran bersebelahan masjid .. Restoran Han ..kali ni kita try traditional food Bosnia .. Disebabkan masa yg suntuk.. Kami teruskan perjalanan ke Mostar.. Anyway dapat juga lihat tempat bersejarah di Stolac.. Kawasan area masjid ni adalah salah satunya..



Masjid Carsija dibina pada abad ke 15


Makan @ Restoran Han.. Sebelah masjid 


Kami tiba di Mostar lebih kurang pukul 7 pm.. Waktu masih awal..tapi aku dah tak larat nak berjalan .. So rest kat rumah je..Area apartment kami ni berdekatan dengan tourist attractions.. Dekat juga dengan supermarket dan sebuah gereja utama.. Rumah kami kali ni apartment.. Tingkat 3 .. Kali ni ada lif.. Parking kereta tak ada masalah.





Our home @ Mostar


 Day 8 
 6/3

MOSTAR, BOSNIA HERZEGOVINA
Aktiviti kami hanya di sekitar Mostar.... Awal pagi kami bertolak ke Blagaj. Tekija Blagaj adalah pusat sufi Derwish yang dibina di zaman kerajaan Uthmaniyyah kira-kira 500 tahun lalu. Disebabkan terlalu awal.. Hanya beberapa gerai souvenir saja yang buka..Kebetulan waktu kami sampai.. Tak ramai pelancong.. So mudah untuk kami bergambar..restoran pun belum dibuka.. As usual, fridge magnet wajib beli and aku beli juga madu bosnia.. Yang dijual oleh seorang pakcik tua muslim..





Tenang di Blagaj...


Seterusnya kami ke Kalima Resort for lunch.. Tak jauh dari Blagaj.. Area ini antara yang terkesan waktu perang dulu. Kalima resort ni muslim owner.. Ada surau kat sini.. Food dia agak mahal sebab konsep resort.. Dekat satu kawasan berdekatan.. Ada diletakkan tugu dan gambar2 lelaki yang shahid dalam perang ...kampung ni pernah diserang oleh tentera serb sewaktu perang dulu.

Lunch @ Kalima Resort


Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Rajiun 

Sebelah petang pula kami bersiar- siar di area Mostar Bridge.. tourist attraction.. Kedai banyak tutup.. Tak sempat nak shopping..Hanya sempat beli ice cream je... Kami juga solat di masjid berdekatan.. Masjid yg dibina pada abad ke 14..Selesai solat, singgah Mostar Bridge .. Ambil gambar view malam pulak.. Then, pulang terus ke rumah..



Old Town Mostar & Bazaar

Mostar bridge


Day 9 
 7/3

SARAJEVO, BOSNIA HERZEGOVINA
Selesai breakfast, kami bertolak ke Sarajevo awal pagi. Aktiviti di Sarajevo akan bermula sejurus kami tiba. Jarak di antara Sarajevo dan Mostar tak lah jauh sangat.. Pemandangan dari Mostar ke Sarajevo sangat cantik.. Ada satu kawasan iaitu Jablanica yang pelancong wajib singgah dan menikmati kambing bakar. Disebabkan kesuntukan masa kami hanya berhenti bergambar. Sampai sahaja di Sarajevo di sekitar jam 11.30 am, kami terus ke hotel untuk check in,. 

Hotel kami berdekatan dengan tourist attractions. Pemandu pelancong dah standby tunggu di lobby untuk bawa kami walking tour. Kami bersetuju untuk menggunakan khidmat tourist guide sebab nak tahu sejarah bangunan2 yg ada di Sarajevo. So, dari hotel, the tourist guide bawa kami ke tempat2 bersejarah sambil menerangkan kisah-kisah yang berlaku di situ. Salah satunya, tempat di mana tercetusnya perang dunia 1, tapak pembunuhan Frank Ferdinand. Tempat terakhir ialah di Bangunan Nasional Lib.




Rumah2 ibadat di Sarajevo

Lokasi di mana penembak Frank Ferdinand berdiri

 Bangunan National Lib


Setelah selesai, kami berjalan semula ke Bascarsija. Bascarsija dikenali juga sebagai old town.. Di sini memang tempat tarikan pelancong dimana banyak kedai2 souveneir, historical and cultural center juga. Kami lunch di salah sebuah restoran. Then, pulang ke hotel. 

 Lunch @ Bascarjica


 Bilik hotel kami..Tidur sambil tengok bintang 


Pada sebelah petangnya pula, dalam pukul 5 pm kami bergerak ke Yellow Fotress, tempat ni atas bukit dan boleh view the city of Sarajevo.. Actually yellow fotress adalah sebuah benteng bersejarah zaman Otomman.. Namun begitu, kebanyakan orang ke sini untuk melihat sunset dan juga keindahan bandar Sarajevo. Waktu kami di sini, cuaca sangat2 sejuk.. Maybe disebabkan angin juga. Walaupun di Sarajevo hanya 2h 1m, namun kami dapat cover tempat2 yang wajib visit.


View from Yellow Fotress..
Yg putih2 tu perkuburan orang islam


 Day 10
 8/3

ISTANBUL, TURKI
 Good bye Bosnia!! 

Flight ke Istanbul akan berlepas pada pukul 1.30 pm. Jadi kami masih ada masa beberapa jam untuk ronda kawasan sekitar sebelum ke airport. Seawal pagi kami sekali lagi ke Old town untuk bergambar.. As usual, mana2 tourist akan bergambar dekat Sebilj fountain.. Since semalam tak sempat nak bergambar dan beli souvenier, hari ni kami ke sana semula.. Kedai banyak tak buka lagi... Ada satu dua kedai souvenir yang buka.. Sempatla beli buah tangan ..Kami juga sempat breakfast di sini.. 

Selbij fountain

Cari souvenir

 Breakfast di Bascarsija


Selesai breakfast, kami terus ke airport and hantar kereta sewa..  

Total milage: 5771km 

Serahan kunci kereta

Good bye Bosnia..


Kami tiba di Istanbul dalam pulul 2.30 pm .. Ambil taxi ke hotel.. Hotel kami tak jauh dengan main attractions.. Walking distance tapi disebabkan Turki ni berbukit2 .. Jadinya azab juga nak berjalan... Sebelah malam kami ke Restoran Nur Muhammad.. Milik global ikhwan.. Masing2 pekena roti canai..Restoran2 ditepi jalan masih lagi meriah.. Jus delima wajib dibeli bila di Turki.. Banyak je jual tepi jalan.

Nota: Kalau nak booking accomodation.. cari area restoran Nur Muhamad atau berdekatan dgn Sultan Ahmet park.. sebab situ jalan mendatar .. tak berbukit.. tapi price maybe mahal sikit la.. 

Dinner @ Nur Muhammad milik
Global Ikhwan

Day 11 
 9/10

ISTANBUL, TURKI
Pukul 9.30 am kami dah tiba Grand Bazaar..pusing2 dalam grand bazaar.. Banyak yang menarik.. Aku hanya beli souvenir .. Kami spent about 3 hrs dalam ni.. Then singgah makan gerai tepi jalan .. Makan kebab je.. Kemudian balik ke hotel..

Nota: Kalau nak souvenir dan Turkish delight yang murah, better beli kedai2 tepi jalan… boleh dapat half price dari grand bazaar.. 






 Shopping @ Grand Bazaar 


Petangnya pula masing2 ada agenda .. Aku n hubby keluar berjalan2 di Sultan Ahmet Park.. Lepak and makan jagung di kala cuaca yg dingin.. Menikmati keindahan senibina Hagia Sofia dan Blue Mosque..







Selesai Maghrib, kami ke restoran Nur Muhammad for dinner.. Selesai dinner.. Window shopping kedai2 tepi jalan .. Sempat juga masuk kedai karpet.. Masha Allah.. Cantik karpet kat sini.. Nak je bawa balik satu.. Then balik ke hotel..packing barang n rest....esok nak balik dah..

Last shopping



Day 12 
 10/3 

Pukul 10.30 am kami dah bertolak ke Airport..  Welcome back to Malaysia!!!





Link of accomodations (untuk 5 - 6 orang)

Ohrid, North Macedonia: https://www.airbnb.com/slink/k2EwIpDD
Mostar, Bosnia - https://g.co/kgs/Nh8Mp61
Istanbul, Turki 

EXPENSES
Flight ticket: 
Return Ticket (KUL-Doha-IST)  - Rm 2788 
 SAR - IST - RM351 
Bus Fare (istanbul - Sofia) - RM190 
One day pass ticket train (Sofia) -= RM 13 (4.5 Bulgarian) 
 
Accomodation
Sofia 2h 1m = Rm445/5 = RM89
Ohrid 2h 1m = RM341/5 = RM 68 
Shkoder 2h 1m = RM282/5 = RM 56 
Kotor 3h 2m = RM1417/5= RM283 
Mostar 3h 2m = RM1204/5 = RM241 
Sarajevo 2h 1m= RM556/5 = 111 
Istanbul 3h 2m = RM 400/5 = RM80 

Others
Car rental =Rm3995 /5 = RM799 
Border charge : RM476 
Car fuel : RM197 + RM295 + RM923 = RM 1415 / 5 =RM283 
Boat Cruise (Ohrid) = Rm 51 (10 Euro) 
Boat Tour (Kotor) = RM93 (18Euro) 
Airport transfer IST = RM93 (90 Euro / 5 = 18Euro) 
Total = RM6068 each person 

Nota: Selesai Balkan trip, lengkaplah 28 negara yang aku jejaki. Pengalaman trip kali ini, amat bermakna.. maybe sejarah Balkan pernah dijajah oleh İslam.. banyak bangunan/ masjid yang di tinggalkan oleh kerajaan Ottoman..  

Balkan juga mempunyai pemandangan yang cantik setanding dengan Swiss.. Dan kos di sini amat murah berbanding dengan Western Europe..

Sepanjang aku travel ke overseas, biasanya aku DIY berbanding guna agent.. kami juga memilih public transport atau drive sendiri. Jadi kita punya masa sendiri tanpa perlu terikat dengan jadual. Untuk accomodation, Kalau boleh cari apartment/rumah/hostel yang boleh memasak.. so boleh la jimat dari segi food.. 

Virtual Tour: 












No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TRAVELODGE BALKAN : 28/2 - 11/3 2024

Jom ikut saya terokai Balkan!!✈ 6 countries, 13 cities Rancangan bercuti kali ini dibuat dalam tempoh yang singkat... Kali terakhir aku berc...