Thursday, August 1, 2019

Travelodge Haji 2018 (Part 1)


Haji 2018 (2/8-20/9) - 50 days

Sepatutnya entri ni aku tulis setahun yang lepas..disebabkan sibuk dgn macam2 perkara... jadinya terperap terlalu lama entri ni dlm format draft... byk juga memori yg nk kena recall..Sebagai kenangan untuk diri sendiri ..aku  tulis je la  yg mana aku ingat..

Pre-Hajj

Aku register pergi haji pada tahun 2008..selepas 10 tahun baru dapat surat panggilan haji.. alhamdulillah suami dan mak juga terpilih .. surat panggilan keluar bulan Dec, 2017.. so starting Jan -Jun sibuk dengan preparation .. kursus haji dll..kemuncak persiapan haji ialah kursus haji perdana.. Bagi jemaah haji dari Selangor, kursus haji perdana dibuat di Masjid Negeri Shah Alam.. Kalau tak silap aku Selangor ada lebih kurang 20 ribu jemaah haji.. so waktu kursus ni simulasi haji dilakukan .. tawaf, mabit di mina, melontar dll yg berkaitan.. jemaah yg agak jauh dr Shah Alsm bermalam di masjid.. aku and famili balik tidur di rumah..

Pemeriksaan  kesihatan juga antara perkara yg perlu dibuat oleh jemaah.. part ni mmg dugaan sungguh buat aku.. before this tahap kesihatan aku ok je.. time check kt klinik kesihatan .. paras gula pulak tinggi.. so ulang alik klinik jugakla.. kiranya lambat jugak doc nk release buku rekod kesihatan ...finally buku rekod kesihatan .. doc tanda kuning.. kuning kiranya ada penyakit...aku advice kalau korang nk buat medical check up better pergi panel klinik yg dilantik oleh TH.. senang walau kena keluar duit sikit.. klinik kesihatan queue panjang.. yg x sakit blh dpt sakit sbb stress...

Kelengkapan haji pula aku siapkan selepas aidilfirti.. seeloknya bila korang dah tau nak pergi.. boleh prepare awal-awal lagi... tapi aku ni jenis last minute... barang-barang aku beli di Butik Haqqi (dekat area Jakel Sek. 7), butik Al-Kauthar, butik Bin Nurdin and ada juga di Butik Siti Khadijah...harga lebih kurang sama jer kedai-kedai ini..and kalau dari awal mungkin boleh survey cari kedai-kedai yang murah juga...

Flight aku ke mekah pada 2/8/2019..Kalau x silap aku KT26..menggunakan penerbangan MAS terus ke Jeddah.. kami dikehendaki berada di Komplek TH lebih kurang pukul 5pm @ 6pm.. Tahun ini juga merupakan tahun pertama urusan pelepasan dibuat di Kompleks TH di Sepang.. Alhamdulillah sgt selesa dan sistematik.. Kompleks ini bersebelahan dgn Hotel Movenpick.. jadi memudahkan sesiapa yang ingin menghantar saudara mara...urusan check in n drop luggage semua dibuat disini.. kami dibawa dengan bas ke KLIA dan terus menuju ke boarding area di KLIA.. kiranya check point terakhir dgn famili ialah di kompleks TH Sepang..and this year juga.. semua urusan Imigresen yang sepatutnya di buat di Jeddah telah proses terleih awal di KLIA.. maknanya bila sampai di Jeddah, jemaah x perlu baris utk pemeriksaan imigresen di airport Jeddah..semua dah dibuat di KLIA.. so jimat masa jemaah.. sampai di airport Jeddah.. jemaah terus dibawa ke Maktab..luggage juga terus dihantar depan bilik ...

Hotel Movenpic, Sepang

Family photo sebelum check in..
Sebak nak tinggalkan anak-anak...

Flight berlepas dalam pukul 1.40 am.... penat jugak menunggu lama sebelum berlepas.. TH provide food utk semua jemaah sementara menunggu flight..Memandangkan flight kami terus ke Mekah .. jadinya kami berniat di atas kapal terbang..jemaah  lelaki semua dinasihatkan memakai ihram.. Sebab sampai sahaja di maktab.. semua jemaah akan dibawa untuk melakukan umrah..


Boarding @ KLIA
   KT26/KT26B - MAS - A380 - 47B
Tag pengenalan diri setiap Jemaah diberi ketika di KLIA
Gelang besi ini korang kena pakai sepanjang berada di Mekah.. kiranyan tag pengenalan diri kita

Haji Tamatuk

Memandangkan  aku ada 10 hari lagi untuk wukuf jadi aku  memilih untuk melakukan haji tamatuk .. untuk sesiapa yg melakukan haji Tamatuk .. seseorang itu akan dikenakan bayaran dam..dam dibayar terlebih dahulu dikaunter TH di Malaysia..ada juga aku tengok jemaah yang buat haji Ifrad...terpulang pada pilihan masing-masing... masalah bagi perempuan pula sekiranya period .. nak jadi cerita period aku mula dua hari before depart..struggle juga aku nak menunggu sampai habis period.. so terpaksalah menjaga pantang larang ketika berihram... ujian juga bagi aku ketika ini  bila tgk orang lain dah selesai umrah .. boleh pergi solat kat masjidilharam... turun naik juga beberapa kali jumpa ustazah tanya akan hal period ni...untuk pengetahuan semua setiap maktab disediakan ustazah and ustaz... so jika ada apa2 kemusykilan pasal haji.. boleh tanya dgn dia org.. balik pada bab period ni.. kebanyakan ustazah advice  tak perlu ambil ubat utk stop period..sebab buat haji ni lama jadi masa yang panjang ada untuk kita ke masjid ... kalau pergi umrah maybe blh consider untuk ambil pil stopkan period coz tempoh umrah biasanya singkat...apa yang Allah aturkan untuk kita .. itu adalah yang terbaik.. walaupun aku dalam keadaan ihram yg lama tapi ibadat lain boleh juga dilakukan,,,aku kena redho dengan semua yang berlaku...

Maktab 87 (Rehab Al Janadriyah) 

Aku ditempatkan di Maktab 87.. maktab ini agak lama dan agak jauh dari Masjidilharam (jarak dalam 900 meter)...tak salah aku kalau bukan musim haji..maktab ini diduduki oleh jemaah India ketika melakukan umrah.. area yang kita orang duduk ini ramai jemaah dari Afrika..ada juga from indo....kawasan sini agak kotor.... senan jemaah haji dari negara Afrikan terutamanya tidak mementingkan kebersihan.... dia orang bukan kira..buang sampah merata-rata.. bila dah tak ada dia orang ni dekat area situ.. barulah nampak bersih dikaki jalan....

apa yang menarik  dekat area maktab ni banyak kedai-kedai jubah, sejadah, kedai makan and barang-barang keperluan lain... so korang kenalah tahan nafsu membeli ...ada satu kedai ni jual jus...oleh kerana time kami pergi cuaca agak panas.. so selalu juga lah pekena jus kat kedai ini.. ice-cream pun ada jual kat sini...rasanya pun sedap....

Macam-macam design jubah..

Kedai jual sejadah, carpet, beg dll

Setiap Maktab disediakan pejabat pentadbiran TH, klinik, doc on call, kaunselor, ustaz and ustazah, dewan makan, perkhidmatan dobi, perkhidmatan pos dan kaunter TH (urusan keluar duit), dewan solat. Memang mudahlah nak buat segala urusan..

Bab nak sidai kain.. kalau nak kering cepat korang sidai dekat atas bumbung.. cuaca di Mekah time aku pergi memang sangat-sangat panas.. kalau nak sidai kain ..korang kena naik sesudah subuh .. nak angkat pulak sebelah malam baru lega sikit... masing-masing kena buat penyidai kain sendiri.. tapi korang just imagine kalau semua nak buat ... berselirat la tali kat atas tu.. nak berjalan pun payah.. so hidup kena la bertoleransi.. tak payah kedekut sangat kalau orang guna korang punya penyidai... aku cakap macam ni.. sebab pernah la dengar sepasang suami isteri bercerita tak puas hati penyidai dia orang ada orang guna... ruginya diri sendiri... hilang pahala...
Nampak clock tower dari sini...

Sidai kain kat rooftop


Sampai sahaja di Jeddah, jemaah dibawa terus ke Maktab...perjalanan dari airport Jeddah ke Mekah memakan masa lebih kurang 2 jam... makanan disediakan dalam perjalanan...sampai di maktab pula kami diberikan lagi sekotak makanan berisi nasi...boleh dikatakan agak mewah jugalah makanan untuk hari pertama ni... selepas selesai semua pendaftaran, kami terus ke bilik ... bilik aku tingkat 4... ahli bilik seramai 6 orang... saiz bilik agak besar dan selesa...ada juga bilik yang ahlinya 3 orang dan 4 orang (bergantung pada saiz) ...Alhamdulillah ahli bilik aku semuanya ok..biasanya pasangan akan diletakkan bilik bersebelahan..  setiap bilik akan disediakan peti ais, tv, kettle dan small pantry.... untuk bagi ruang yang luas kami ubah kedudukan katil...bila duduk ramai-ramai ni..kena la bertoleransi.. terutamanya bab aircond.. sebab ada yang tak tahan sejuk and ada yang tak boleh panas... semuanya kena bermusyawarah...

Bilik di Maktab Rehab Al Janadriyah.. snap pic time belum kemas...


Jemaah haji dibiarkan berehat dahulu, sebelah malamnya semua jemaah akan dibawa umrah.. aku yang period ni tinggal saja dihotel...since hotel kami ni agak jauh juga dengan masjidilharam.. jadi ramai juga yang pergi naik teksi...nak dapat teksi tiada masalah sebab memang sentiasa ada depan pagar hotel..setiap orang dikenakan charge 5 riyal untuk satu hala... dekat-dekat nak haji...lagi driver ketuk harga.... nak tak nak kena la jalan kaki..

kesian juga dekat warga emas.. selain jauh jalan nak ke masjid agak berbukit..memang confirm kena mendaki.... jalan nak balik agak rileks sebab turun bukit... jadi ramai juga la yang hanya berjemaah di maktab atau jemaah di masjid berhampiran...


Makanan

Bagi jemaah haji muasasah, hanya makan tengahari dan makan malam sahaja disediakan .. waktu makan tengahari kalau tak silap aku dari pukul 12pm - 3.00pm and malam pula 5pm-8pm. Korang boleh ambil makanan di dewan makan and boleh la nak makan kat mana-mana saja.. aku biasanya makan di dewan makan... ramai jemaah yang berpasangan makan di kaki lima bilik...menunya berulang-ulang setiap minggu... so agak boring la juga kalau menu yang sama... kalau siapa yang cerewet memang tak boleh terima masuk makanan yang disediakan.. sebab semuanya kurang rasa...kalau menu ikan .. pastinya akan diberi ikan patin...so aku advice korang bawa stok makanan banyak-banyak... sambal bilis, serunding, acar dll yang kena dengan tekak korang..

Makan pagi sendirian berhad.. dekat kantin ada jual breakfast.. roti canai, mee goreng, mihun goreng, maggi, kuih-muih dan juga roti canai... tapi roti canai dia tak sama macam kita di Malaysia.. harga sekeping lebih kurang 3 riyal... mee goreng, bihun goreng semuanya dalam 5 riyal sebungkus... kalau korang nak variety ... dekat depan pagar maktab ni.. pagi2 ramai je orang pattani yg menetap di mekah ini menjual... nasi kerabu, pulut ikan masin, roti jalan pun ada.. harga semua sama .. 5 riyal sebungkus... tapi dia orang ni illegal... nasib tak baik kena angkut dengan lori penguatkuasa....

kalau nak sedap lagi korang boleh pergi restoran Felda kat Al-Safwah Tower.. situ macam-macam ada... cumanya ramai orang... selalunya meja pasti penuh.. almaklumlah tempat orang malaysia berkumpul... satu lagi tempat korang boleh pergi untuk cari makan ialah di Jabal Omar..Jabal Omar ini letaknnya di kompleks hotel Hilton.. kat sini ada juga supermarket Bin Dawood...aku kerap juga pergi ke sini.. sementara tunggu hubby solat.. time aku cuti ..aku lepak kat sini... dekat sini ada foodcourt tapi makanan Arab la... korang jangan lupa try Al-Baik.. kedai ni ala-ala KFC.. ayam dia sedap sangat... KFC & Mc D disini sangat mahal.. rasanya pun agak kurang.. bila dah ada disana jangan lupa try all the arabian foods .. rugila kalau tak cuba...

Makanan , toiletteries dan ubat-ubatan di Mekah ni agak mahal..so better korang bawa saja dari Malaysia... produk kat sini semua dari luar jadinya susah nak dapat harga murah...

Set makan malam
Ikan patin dalam kenangan...
         
Sukanya dia dapat makan maggi cup
Sekali sekala kita beli makanan luar.. roti canai & kebab
Welcome Box oleh kerajaan Arab pada semua Jemaah

Nasi arab.. portion besar boleh share dua orang

Musim panas sedap makan ais krim
Kedai jus buah-buahan ..dalam 200 meter dari maktab

Fried Chic ala2 KFC

Senarai harga produk dari Malaysia yg dijual di sana.. korang boleh pesan dan ambil di restoran Felda...mahalkan..

Ziarah Kota Mekah & Kota Madinah
Umrah

Umrah aku agak lewat dari orang lain disebabkan masalah perempuan.. Hubby temankan aku buat umrah pertama kali.. kalau tak silap aku ..kami pergi lepas isha dan selesai semuanya dalam pukul 2 am.. jemaah ketika itu makin ramai... so aku dan hubby dah sepakat kalau terpisah jumpa ditempat yang kami janji...walaupun orang terlalu ramai.. aku tetap tawaf dikawasan dataran... so pusingan tak adalah jauh sangat.. kalau terpisah dengan suami korang tak payah lah mencari-cari .. teruskan saja..waktu ini tenaga kena kuat.. sebab orang arab ni besar2.. tapi yang paling aku tak tahan dengan orang Indonesia...dia orang ni jenis tawaf berkumpulan.. memang tak boleh berpisah ahli group.. so korang kena la bersabar...selesai tawaf ..sambung pulak saie.. part ni memang letih sikit.. sebab jarak dari bukit safa dan bukit marwah agak jauh.. biasanya aku bersaie dekat level tengah... ada orang cakap kalau level bawah agak sejuk .. atas sekali pulak guna scooter... umrah yang last aku saie guna scooter... seorang SR100...

Petugas TH pesan waktu dekat-dekat  nak wukuf tak payah buat umrah... dinasihatkan semua jemaah menjaga kesihatan.. sebab kerja haji lagi berat.. takut sakit dan tak sempat berpeluang buat haji..  walaupun tempoh aku duduk di Mekah agak lama tapi aku hanya berpeluang buat umrah empat kali sahaja.. so kalau ada rezeki korang sambung umrah selepas selesai semua haji..

Wukuf di Arafah (19 hb September 2018)

Hari yang ditunggu telah tiba.. kami bertolak ke Arafah selepas Zuhur..jemaah hanya dibenarkan bawa beg kecil dan tikar yang diberi oleh TH... korang tak payah nak bawa banyak barang.. sebabnya benda ni semua akan menganggu jemaah lain nanti.. bas yang bawa jemaah bukannya besar.. khemah pun kecil.. kalau korang bawa semua.. alamatnya kena tidur berdiri...Alhamdulillah khemah pada tahun ini dilengkapi dengan aircond.. so tak de la panas membahang... setiap penempatan di sediakan kemudahan seperti surau, tandas dan dapur... dekat sini kita dikehendaki meningkatkan ibadah kita...penuhikan masa dengan membaca quran, berzikir, solat dll.. in shaa allah doa kita ketika wukuf ini dimakbulkan oleh Allah sama ada cepat atau lambat...

Kat sini memang tak sempat untuk kita nk cuci baju,nak mandi lama dsb..toilet sangat limited dan kurang selesa...so korang kena bertimbangrasa.. tak payah guna toilet lama2.. ingat juga orang yg sedang berbaris diluar....

ketika masuk wukuf.. ustadz akan membaca khutbah ...waktu ini korang jangan putus doa....doalah sebanyak mungkin.. waktu ini air mata aku mmg tak berhenti mengalir.. sedih dengan khutbah dan bacaan doa dari ustaz...dalam masa yang sama memikirkan dosa-dosa aku yang terlalu banyak sebelum ini.. so berdoalah sehingga habis waktu wukuf... berdoalah dimana-mana kawasan perkhemahan...


Mabit di Muzdalifah

Selesai wukuf di Arafat.. jemaah semua akan dibawa menaiki bas utk mabit di Muzdalifah.. Kumpulan kami antara yang bertolak agak lewat selepas Maghrib dan antara kumpulan yg lewat tiba di Muzdalifah.. keadaan disini sangat panas .. helikopter pula berlegar-legar di udara.. alangkah bestnya kalau Heli sembur air kat kami dibawah ni…semua jemaah berkumpul di sini dan membuat isyarat kutip batu… duduk hanya beralaskan tikar yg disediakan oleh TH.. disini juga ada di sediakan toilet.. jemaah dari seluruh dunia dihimpunkan mengikut negara..,  so blh tgk la mana negara yg bersih .. disiplin dll…bermula pukul 12 tgh malam…jemaah mula dibawa ke Mina.. seboleh-bolehnya jemaah perlu dibawa keluar sebelum matahari terbit memandangkan kawasan ni berbumbungkan awan.. Alhamdulillah semua jemaah sempat dibawa keluar sebelum matahari terbit..bas kami tiba pukul 5 pagi dan terus dibawa ke Mina..


Mina

Sampai di Mina, kami ditempatkan di khemah masing2. Kami akan stay dişini untuk tujuan melontar di tiga jamrah.. jarak antara khemah dan tempat melontar adalah sejauh 7km pergi dan balik.. hari pertama melontar kami ikut waktu yg ditetapkan oleh TH untuk tahu selok belok perjalanan.. Hari-hari seterusnya pergi sendiri.. biasanya sebelum subuh..Perjalanan untuk ke tempat melontar akan melalui terowong.. Dalam terowong ini ada juga disediakan walkalator.. so boleh lah rehatkan kaki… tapi di sini agak ramai juga..  

Keadaan di khemah Mina tidak begitu selesa.. sempit dan panas..so pandai2 nak adjust diri.. di luar khemah ada disediakan peti sejuk.. yg mana kita boleh dapatkan ais.. manalarla toilet juga ada disediakan..tapi kena banyak bersabar la.. kalau dah ramai.. faham2 je la.. hygiene memang kurang di sini.. Memandangkan khemah kami bersebelahan dengan khemah Thai.. kadang2 aku ke toilet mereka… Dan mereka juga ke toilet kami..ada juga yang tak stay di Mina.. kalau masih bertenaga.. ada yg balik ke hotel.. samaada berjalan kaki atau by taxi.. sepanjang di Mina aku hanya tinggal dikhemah.. selepas selesai melontar.. kami dibawa semula ke hotel pada 13 Zulhijjah.. seterusnya sambung tawaf dan şaie.. maka lengkaplah rükün haji.. Alhamdulillah




Monday, March 25, 2019

Jalan-jalan Kuching, Sarawak 22-25 March 2019

Kali ini aku nak cerita ttg Sarawak.. trip kali ini 4h3m.. tujuan utama ke sini adalah bekerja.. aku kena bertugas sempena Jom Masuk IPT.. so tak sempat nk explore bandar Kuching..btw this is my second time ke Sarawak.. last time was in 2016.. datang untuk bertugas jugak.. bertolak dari KL pada pukul 7.45am dengan penerbangan MAS.. perjalanan mengambil masa 1 1/2 jam..flight meal kali ni adalah nasi lemak..setiba di KCH .. aku di sambut oleh driver UiTM .. terus ke UiTM Kota Samarahan..bagi taklimat promosi utk pelajar tahun akhir sem 4 & 5.. selesai promosi after solat jumaat kami dihantar ke hotel .. nak jadi cerita hotel yg aku booking ni rupanya dekat airport jauh dari riverfront.. tersilap booking la pulak.. kelam kabut juga la nk buat cancellation.. call hotel then hotel bgtau call booking.com.. nasib aku baik mgt booking.com boleh cancelkan n refund duit .. ikutkan waktu aku booking polisi mmg x blh cancel...so aku terus walk in Hilton Kuching.. government rate dapat la RM233/ nite .. which is quite cheap compared to online booking.. Hilton ni dekat dgn Sarawak Waterfront..and also walking distance to topspot (food court) dekat area waterfront .. ramai org recommended makan kat sini..and pergi gerai Ah Seng.. aku ni x berapa nak mkn gerai cina tp dekat gerai tu npk sijil halal .. so ok la kot.. npk org melayu pun ramai.. food not bad.. sedap sgt.. 2 hari kami dinner di sini..  3 lauk (bamboo shell, sotong masak salted egg, sayur midin harga RM44 for 2 person).. ok la kot price mcm ni ..


Third day di sini baru peluang untuk ronda2 sekitar Hilton .. kami jalan sepanjang waterfront.. Hilton betul2 depan waterfront.. kami jalan sampai la ke jambatan darul hana.. tapi tak naik jambatan.. sepanjang jalan banyak stalls yg jual food and also souvenir shops.. banyak juga jualan barang2 kraftangan .. kami decided naik boat cruise... tambang per trip RM17/hour.. time bertolak pukul 6.00 pm.. so dapat la menikmati keindahan sunset.. then kami dinner di Barok village.. aku order ayam pansuh.. Ayam pansuh ni makanan org dayak .. masak dia dalam buluh .. ala2 sup ayam.. sedap!! Last before balik aku beli kek Sarawak..dekat sini macam2 kedai kek .. yg femes ialah Dayang Salha.. tapi local people sarawak recommend pergi mira cake house.. rasanya lebih moist.. ada juga kedai2 lain yg jual kek antaranya warisan dan asma .. yg ini pun ada yg recommend kata sedap.. kedai2 ni letaknya di kampung boyan .. kalau dari hotel sekitar waterfront just naik penambang cross the river... harga penambang RM1 sahaja for one way..  the last stop singgah di Kubah Ria.. dulunya orgnya meniaga di pasar satok...pasar ini banyak jual ikan terubuk masin .. baru aku tau rupanya ikan terubuk local ada musim.. yg sentiasa ada ni ikannya dari india.. rasa yg local lebih lemak.. ikan ni bila nk simpan dalam freezer kena basuh dulu buang garamnya.. kalau terus masuk freezer jwbnya jadi ikan masin la.. korang boleh masak stim atau goren dengan bawang n cili.. nak sedap lagi perah asam limau.. 

Sunday, February 24, 2019

Travelodge Europe. 4 - 18 Februari 2019

JOM PUSING EUROPE ✈️✈️✈️
 4 - 18 Februari 2019

KUL-MANCHASTER-ISTANBUL-KUL


Trip kali ini aku naik Singapore Airline. Actually tiket dah ditempah enam bulan awal. Dapat good price untuk multicity iaitu RM2500. Flight from KL dalam pukul 7pm lebih..kami transit di Changi Airport, Singapore. Flight seterusnya pukul 2 am. So ada few hours.. sempat la explored Changi Airport. Dalam banyak-banyak Airport, Changi is the best...bersih, moden & besar. Servis pun tip top. Selesa kalau transit lama pun.. ada massage chair (free)..ada taman mini..ada game zones.. mini theatre pun ada...jauh beza dari KLIA. Meal on board pun not bad..ada meal for muslim...but this one korang kena request awal.. booking for muslim meal boleh dibuat secara online...In shaa allah kita akan dihidangkan makanan halal... so food kita berbeza dgn org lain...Flight meal waktu balik pula sama dengan org lain.. even request muslim meal tapi kami dihidangkan makanan yang sama dengan org lain.. mungkin sebab flight from Istanbul.. jadinya all foods are halal..Untuk luggage pula, SIA benarkan 30 kilo saja.. banyak juga tu...

Day 1
5 Februari 2019
Manchester, UK 🇬🇧

Tiba di Manchaster Airport around 8.30 am. Terus ke car rental (Herzt). From airport to car rental ada shuttle disediakan (free of charge). Kereta sewa dah booked awal lagi before trip. Kami sewa dua biji van (merc). Boleh muat 7 orang. So agak selesa utk jalan jauh. Jangan lupa bawa driving license korang ye. Then, terus ke Old Trafford, Manchaster. Ambil gambar and pergi souvenir shop. Spent around one hour kat sini, then pergi ke rumah Erlissa for lunch treat... bertolak dari rumah Erlissa dalam pukul 2.30pm ke Cheshire Oak (shopping)..

Alhamdulillah sempat solat jamak di cheshire oak.. silent room ada disediakan dikawasan factory outlet.. habiskan masa 3 jam shopping di sini.. masih ada lagi sale.. sempat grab fossil..from cheshire oak bertolak ke Liverpool. Perjalanan ambil masa dalam sejam. Pusing2 Liveepool utk dinner and finally kami decided dinner di Kimmos, Liverpool (halal restaurant). Kedai ini nearby Liverpool John Moores Uni. Korang boleh google kalau nak tahu tempat. Aku ordered fish and chip (harga lebih kurang 7-8 pound.. portion agak besar.. boleh share 2 orang). Malam checked in di Midtown Liverpool Apartment (RM76.60 per person). Apartment ada kitchen and 3 rooms..but no lift.. so terpaksa angkat beg yg agak berat... parking space ada tapi utk kereta yg besar susah sikit nak parking.

p/s: Accomodation dah booking earlier before trip. Cari dekat trivago. Kalau korang rasa sampai lewat just mentioned to owner. Biasanya dia orang akan tinggal kunci dalam box and dia org akan whatsapp or email instruction macamana nak dapatkan kunci. Omputih ni trustworthiness memang tinggi. Dia percaya pada penyewa. Kunci just tinggal kalau nk check out.


Day 2
6 Februari 2019
Liverpool, UK -Hertfordshire, UK 🇬🇧


Checked out from apartment @ 8pm.   Pergi Anfield stadium, Liverpool dan pusing2 area Albert Dock. From Liverpool (12.30pm) to Oxford (4pm). Pusing2 sekitar Oxford University. Hari ini banyak habiskan masa atas jalan. Plan asal nak pergi Bicester Village tp tak sempat sebab dah lewat.. keluar dari Oxford dalam pukul 6pm. Tiba di Borehamwood dalam pukul 7pm. Checked in Travelodge Borehamwood, Elstree Way, Borehamwood WD6 1SD, UK (RM130 per person). 

Ada parking space .. kalau tak silap (£4 per day). Pukul  8 pm keluar semula ..misi kami sebenarnya nak cari simkad tapi tak jumpa kedai.. Borehamwood is actually just a small city..outer London.. ada juga jumpa kedai halal ..dekat sini ada juga shopping park.. ada sport direct, m&s, next, poundland and a few stores... dinner mlm ni beli food di peri-peri restaurant (halal restaurant) ...then singgah tesco.. beli chocolate celebration only £1.50.. so cheap.. balik hotel ..kepenatan and 💤 💤 

Day 3
7 Februari 2019
London Tour 🇬🇧


Itenary hari ini ronda2 kota London.. since kami duduk di outer London.. so terpaksa ambil overground and underground.. kalau tak silap train  station tempat kami nama Elstree (overground) .. one day pass (only train) £13.. perjalanan makan masa dalam sejam utk sampai ke London.. tempat pertama kami tuju ialah Big Ben .. unfortunately big ben tgh dalam renovation.. rugi tak dpt bergambar mercutanda London.. then terus ke Buckigham Palace .. melalui St James Park.. pemandangan sgt indah.. puas bergambar terus ke Bayswater.. pergi beli simkad three (£30) -12g for one month.. cover all european countries.. blh guna selama sebulan.. terus ke Malaysia Hall .. kali ini access to canteen Malaysia Hall kena melalui main entrance...tak pasti sebab apa....lunch and solat di sini.. nasi 3 lauk(£6.50) .. then pergi Oxford Street.. pergi sport directs.. banyak sale.. beli baju utk anak2.. tak banyak tempat kami visit di London.. keluar dari London dalam pukul 5.30 pm... sampai Borehamwood dalam pukul 6.30pm .. singgah poundland and sport direct di shopping park Borehamwood ..beli bag cabin size di sport direct .. brand kangoo (£20).. arrived hotel around 8.30pm..letihh

p/s: kalau ke UK jangan lupa cari Poundland. Semua barang £1. tak sama dengan kedai dua ringgit kita.. sebab barang2 kat sini semua berkualiti. Kalau rasa nak borong choc boleh beli sini. Pencuci muka jenama Simple pun satu pound. Kalau convert duit kita still murah lagi di sana. Kat London sekarang kena hati-hati...banyak sgt pick pocket.. ramai dah Malaysian yang terkena. 

Day 4
8 Februari 2019
London, UK 🇬🇧 - Geneva, Swiss 🇨🇭 


Checked out from hotel at 9 am. From hotel to airport by car about one hour driving. Returned car rental at Stansted Airport, London. Flight to Geneva at 2pm. Arrived at Geneva airport around 5pm.. from Geneva airport ambil train to main train station (one stop only) untuk ke Interlaken West.. supposedly tak payah keluar ke arrival hall.. lepas ambil luggage terus pergi tunggu coach(free shuttle) to main train station (ada laluan khas) ...since kami dah keluar terpaksa ambil tiket train utk ke main train station. 

Then took a train to Interlaken West.. Arrived Interlaken West around 11pm. Owner hotel tunggu di train station utk serah kunci and showed the direction.. Jarak train station to apartment dlm 250m..  Apartment ni ownernye Pak Arab.. apartment sgt selesa dan bersih..breakfast provided by the owner... if nak masak .. kitchen pun ada.. kat sini kami hanya panaskan makanan .. had our late dinner around 12 am. Hari ini hari perjalanan...


Day 5
9 Februari 2019
Interlaken West - Lauterbrunnen. Swiss 🇨🇭 

Pukul 8 am start ronda2 Interlaken west city. Just a small city. But view sgt cantik. Tangkap gambar sana sini.. sempat juga kami shopping pisau victorinox .. worth to buy.. habis ronda balik ke apartment ambil beg, solat zohor and terus checked out dalam pukul 1 pm. Pergi ke train station ambil tiket untuk ke Lauterbrunnen. Since kami tinggal di apartment yg ada sediakan blue travelcard.. so dapat 50% discount. Biasanya kita kena request from hostels travelcard ni sebabnya ada yg lupa nak beri. Nasib kami baik sebab waktu nak beli tiket, kaunter tiket yang sebut pasal discount card ni... Tambang from Interlaken west to Lauterbrunnen 12 swiss franc but with the discount card .. dapat dalam 6 swiss franc...untuk ke Lauterbrunnen train akan stop di Interlaken Ost.. then changed the train to Lauterbrunnen (5 stops) .. it took about 15min to Lauterbrunnen. Snow masih tebal di sini. 

Sampai Lauterbrunnen terus pergi Coop. Beli beras, tepung and minyak. Ohh sblm tu kami sempat beli ayam halal di Interlaken West. Kedai dia betul2 dpn train station Interlaken West..Checked in Valley hostel around 3 pm...view from bilik sgt superb.. letak beg terus ke kitchen untuk prepared dinner..dinner hari ini kari ayam, telur dadar and sayur buncis goreng. Sempat pergi kedai auntie dpn valley hostel utk survey jam and pisau..selesai makan balik bilik and rehat.. pukul 8 dah lena...actually ini kali ke-4 aku sampai ke Lauterbrunnen. Tempat ni mmg view dia cantik.. kalau ke Europe pasti aku akan ke sini lagi...


Day 6
10 Februari 2019
Lauterbrunnen & Murren, Swiss 🇨🇭 

Breakfast pagi ini cucur bawang. Pukul 9 am dah keluar ronda.. hari ini explored Murren.. kena naik cablecar 🚠 and train 🚂 to Murren. Tiket 22 swiss franc.. Bergambar sakan di Murren.. snow masih lebat kat atas ni.. jalan2 pusing Murren .. balik naik cabel car.. sampai kat bawah ambil bas to hotel..snow tebal dekat area bus station... ❄️❄️ sampai hotel dalam pukul 3 pm.. masuk dapur and prepared for dinner.. menu hari ni sambal sardin, tomyam, ayam goreng + buncis... malam ni mendobi kami.. washer and dryer kos 10 swiss franc..kain tak berapa nak kering betul...laundry sebelah dengan hostel kami...actually laundry ini kepunyaan Valley hostel juga..


Day 7
11 Februari 2019
Lauterbrunen , Swiss 🇨🇭- Salburg, Austria 🇦🇹 

Bangun pagi tgk dekat tingkap ada snow fall.. pukul 6.30 pagi .. hari masih gelap.. keluar and main snow.. super excited.. Alhamdulillah tertunai permintaan nak main snow.. pukul 7.10 am mula memasak... menu pagi ini ialah spaghetti tomyam and nasi goreng... makan kenyang2 sbb hari ini nak berjalan jauh..checked out at 10 am.. singgah kedai auntie and beli jam swatch for me and kids.. then bertolak ke Interlaken Ost.. train ke Salburg pukul 2pm.. so ada masa lagi ronda sekitar Interlaken Ost.. singgah kedai Turki dekat area train station... beli kebab (10 swiss franc) and tumpang solat. 

From Interlaken Ost to Salburg, Austria lebih kurang 8 jam perjalanan.. ada dua kali stops iaitu dekat Bern and Zurich.. sampai Salburg dalam pukul 11pm..owner dah standby dekat apartment untuk serah kunci... Cuaca kat sini tak tahu nak cakap.. sejuk menyucuk2 sampai sendi..


Day 8
12 Februari 2019
Salburg Tour 🇦🇹

Hari ini explored Salburg. Kami guna perkhidmatan hop on hop off (€19) utk city tour 🏙️ pusing2 naik bas and stop dekat shopping area..kawasan ni lebih kurang macam high street. Ada a few branded stores..  kat sini barang sgt mahal.. tak blh nak bershopping sangat.. lunch dekat seafood restaurant (nordsee restaurant) .. satu plate kos €10.90.. food not bad..Salburg adalah negara ke 4 terbesar di Austria.. terkenal dengan Mozart.. bangunan2 nya agak lama.. and local people sangat tak friendly.. maybe dia org ni tak pandai berbahasa English.. oleh kerana cuaca sgt sejuk .. rasa malas nak jalan2 .. sampai apartment dalam pukul 4 pm.. bawah apartment kami banyak kedai muslim.. so sempat beli ayam.. raw meat sgt murah.. ayam frozen €2 sekilo. Beli ayam and kunyit.. buat ayam goreng kunyit for dinner.

p/s: Kalau naik train, especially long journey, biasanya akan ada beberapa stops. Kena tukar train, tukar platform. Masa untuk tukar depends on the next train..paling cepat proses transfer 8 minit. Korang kena cekap cari platform. Nasib tak baik kena tinggal train. then kena beli tiket lain. Kalau rasa-rasa tak cekap, dinasihatkan ambil eurail pass (boleh guna within european countries) or swiss pass (yang ini hanya untuk travel dalam swiss), sebab kalau miss the next train, korang still boleh ambil train yang lain. But the cost is more expensive compared to the single ticket.


Day 9
13 Februari 2019
Salburg, Austria 🇦🇹 -  Prague 

After breakfast, kami jalan2 sekitar apartment.. sempat pergi shopping mall and beli bag produk Italy (£15). Jam Jacque Leman pun sgt murah. Then beli kebab utk bekalan makan (€8). Sempat solat zohor dekat apartment and rushed to train station.. train bertolak pukul 1.15pm. Transfer from train to bus at Linz.. tiba dalam pukul 4.30 .. ada masa dalam sejam lebih sahaja utk ke bus station.. nasib kami tak baik .. tak jumpa bus no 27 dan terlepas coach.. silap turun bus stop di Hefen/Industrial. So patah balik ke train station Linz and ambil tiket baru (€24) .. train straight to Prague..train bertolak dalam pukul 6.15 pm .. tak perlu tukar train.. so dapat la rehat lama dalam train.  Tiba di Prague dalam pukul 11pm.. Apartment kami berdekatan dengan train station (250m). Dekat bawah ada kedai Afghanistan.

p/s. Kalau boleh ambil accomodation yang nearest to the bus/train station. So that tak ada lah susah payah nak menarik beg. Rajin-rajin tengok google map.


Day 10
14 Februari 2019
Prague Tour

Pukul 9 am explored Prague dengan hop on hop off bus (€22)..korang ikut saja bus kalau tak pernah ke sini sebab bas akan bawa tourist spots. Prague banyak bangunan bersejarah .. dekat bangunan banyak patung2.. pusing2 tgk stadium, john lennon wall, charles bridge etc.. ..kami berhenti di satu stop and then start berjalan, penat juga.. sempat beli souvenir and try traditional donut (€4).. beli t-shirt hard rock and balik.. sampai apartment dalam pukul 4 pm.. rupanya apartment ini dekat dengan tourist spots.. rehat kejap ..after maghrib dalam 5.30 pm keluar dinner.. 

Alhamdulillah bawah  apartment kami ada Halal Food (Indian/Pakistan). Kami ordered lamb briyani (€7.50) .. rasa sgt sedap.. lepas dinner pergi ronda dekat high street (shopping area) .. apartment kami sebenarnya dekat dgn shooping area..


Day 11
15 February 2019
Prague - Istanbul, Turki 🇹🇷

Hari ini memang ujian besar bagi kami. Tersilap tarikh tiket. Tiket asal 13 hb Februari. Of course la tiket dah burnt.  Kelam kabut juga...panik sekejap. Checked online tiket.. dapat booking hanya untuk 7 orang sahaja dengan Pegasus. Lagi dua orang terpaksa naik Turkish Airline. Kalau dah ambil last minit korang pahm-paham ajelah.. harga pasti melambung. So tiket kami dalam pukul 2.25pm. Kami checked out dalam pukul 10 am. Kami decided naik bas to airport. Ada bus from main train station Prague to Airport. Tiket bus murah sikit compared to van or train. Tiba di Istanbul dalam pukul 6pm. Sampai sahaja, terus cari simkad Turki (tak ingat nama Telco. 6G harga 130 lira). Dekat Turki aku tak beli simkad. Pakai hotspot hubby je. Ambil Van (28 lira seorang) to accomodation. Ada jer ramai ulat2 tunggu di airport. Kalau ambil airport teksi rasanya mahal kot. Sampai rumah,  dah ada orang tunggu. Kami panggil Pak Cik Ali.  Kami bayar siap-siap duit rumah (161 lira x 9 = 1449 lira). Agak selesa juga rumah ini. Lepas dah settled semua. Kami keluar dinner. Semua kelaparan. Ambil set kebab dan nasi (25 lira). Not bad juga sejuknya di Istanbul.

p/s. Jangan ambil mudah pasal tiket. Kena double checked and jangan harapkan seorang saja yang uruskan. Orang Turki tak fasih Bahasa Inggeris. Susah sikit nak communicate.


Day 12
16 Februari 2019
Bursa Tour

Itineray hari ini ke Bursa. Planned asal nak naik ferry and akan ada org tunggu di Bursa utk bawa tour. Bila pergi ke terminal ferry. Semua ferry penumpang cancelled trip to Bursa sebab bad weather. Kami sepakat ambil van.. dekat area terminal feri ada ramai agen yang tunggu offer servis mereka.. so kami dapat agen yang offered satu van untuk bawa kami ke Bursa (satu van 1000 lira). Agen ini janji nak bawa semua tourist spots tp janji tinggal janji. kami macam kena tipu.. Dah la driver yang bawa kami tak boleh berbahasa Inggeris and then macam blur nak bawa ke mana. Kami pula yang cadangkan dia bawa ke tourist spot. Antara tempat yang kami pergi ialah pokok tertua di Turki, Ulucami (grand mosque), kedai-kedai jual madu and local products, turkish delight and grand bazar(kat sini patutnya boleh shooping tapi masa sgt terhad). Aku sempat beli Argan Oil (75 lira 100ml brand Harem). Aku memang pakai brand ni dan sesuai dengan kulit muka aku. Pukul 5pm terpaksa keluar sebab nak kejar feri last pukul 8pm.. Sebelum balik sempat makan di seafood restoran. Menu dia semua ikan, Makan dengan roti. Kat sini tak berapa nak enjoy sangat sebab tak sempat nak explore Bursa. So rasa rugi pulak bayar van mahal tapi tak dapat apa yg kami nak. Van tak sesuai untuk kami 9 orang...sangat sempit.

p/s:  kena proper planned and cari agen yg sah. Sehari tak cukup di Bursa..mungkin kena bermalam di sini sebab perjalanan dari Istanbul to Bursa ambil masa 2-3jam.


Day 13
17 Ferbruari 2019
Istanbul Tour

Itenary hari ini ronda-ronda Istanbul. Actually one day visit to Istanbul tak cukup. Banyak tempat tak dapat pergi. Kami berjalan kaki sahaja di Istanbul sebab tempat tinggal memang dekat area tourist spots. First visit explored sekitar Blue mosque.. tak masuk pun just tangkap gambar dari luar..kebetulan ada section sedang dalam renovation... then pergi cari breakfast... set breakfast aku pagi ni 12 lira... paling murah kot sepanjang makan di Turki.  Lepas tu pusing-pusing area Hagya Sofia dan Topkapi. Asalnya nak masuk muzium Topkapi tapi bayaran mahal sangat 60 lira seorang. So cancelled semua. Just ambil gambar dari luar. Rugi juga tak masuk. Tapi kawan-kawan yang dah biasa pergi bagitahu kena spend about two to three hours kalau dah masuk situ... memang tak sempat la sebab kami cuma sehari saja di Istanbul. 

Next, pergi ke Grand bazar.. unfortunately grand bazar tutup hari ahad... so kami just pergi spice bazar and kedai-kedai kat luar. Aku sempat beli table cloth. Harga setiap kedai kat sini berbeza-beza. Korang kena pandai bargain. Bargain la sampai kurang dari separuh harga. Kalau nasib korang baik ...dapat harga murah.. 

Kena juga pandai cari kedai... better beli kedai-kedai yang kat luar.. actually harga grand bazar and spice bazar lagi mahal... cari saja kedai-kedai kat lorong. Antara barang yang korang boleh beli di Turki ni ialah teh delima, argan oil, rose oil, bedsheet and table cloth (sgt murah) and all spices yang payah dapat di Malaysia. Sebelum balik singgah makan dulu. Kali ini menu aku nasi dan lauk telur + mince meat (ala2 kacang pool).. harga 22 lira. Nasi dekat sini semua kena bayar... kalau beli kebab or lauk akan dihidangkan dengan roti.


Day 14
18 Februari 2019
Istanbul to Malaysia

Our last day europe trip. Since beg semua berat..kami decided utk ambil shuttle. Dekat area tempat tinggal kami banyak agensi perkhidmatan pelancongan.. shuttle kalau tak silap 26 lira seorang... besar shuttlenya and sangat selesa.. dari tempat tinggal ke Airport Kamal Altartuk hanya setengah jam... sampai aiport terus checked-in bag.. proses keselematan sangat kuat. Flight kami pukul 2.30 pm. Alhamdullilah sempat solat jamak takdim zohor dan asar.

TRAVELODGE BALKAN : 28/2 - 11/3 2024

Jom ikut saya terokai Balkan!!✈ 6 countries, 13 cities Rancangan bercuti kali ini dibuat dalam tempoh yang singkat... Kali terakhir aku berc...