Haji 2018 (2/8-20/9) - 50 days
Sepatutnya entri ni aku tulis setahun yang lepas..disebabkan sibuk dgn macam2 perkara... jadinya terperap terlalu lama entri ni dlm format draft... byk juga memori yg nk kena recall..Sebagai kenangan untuk diri sendiri ..aku tulis je la yg mana aku ingat..
Aku register pergi haji pada tahun 2008..selepas 10 tahun baru dapat surat panggilan haji.. alhamdulillah suami dan mak juga terpilih .. surat panggilan keluar bulan Dec, 2017.. so starting Jan -Jun sibuk dengan preparation .. kursus haji dll..kemuncak persiapan haji ialah kursus haji perdana.. Bagi jemaah haji dari Selangor, kursus haji perdana dibuat di Masjid Negeri Shah Alam.. Kalau tak silap aku Selangor ada lebih kurang 20 ribu jemaah haji.. so waktu kursus ni simulasi haji dilakukan .. tawaf, mabit di mina, melontar dll yg berkaitan.. jemaah yg agak jauh dr Shah Alsm bermalam di masjid.. aku and famili balik tidur di rumah..
Pemeriksaan kesihatan juga antara perkara yg perlu dibuat oleh jemaah.. part ni mmg dugaan sungguh buat aku.. before this tahap kesihatan aku ok je.. time check kt klinik kesihatan .. paras gula pulak tinggi.. so ulang alik klinik jugakla.. kiranya lambat jugak doc nk release buku rekod kesihatan ...finally buku rekod kesihatan .. doc tanda kuning.. kuning kiranya ada penyakit...aku advice kalau korang nk buat medical check up better pergi panel klinik yg dilantik oleh TH.. senang walau kena keluar duit sikit.. klinik kesihatan queue panjang.. yg x sakit blh dpt sakit sbb stress...
Kelengkapan haji pula aku siapkan selepas aidilfirti.. seeloknya bila korang dah tau nak pergi.. boleh prepare awal-awal lagi... tapi aku ni jenis last minute... barang-barang aku beli di Butik Haqqi (dekat area Jakel Sek. 7), butik Al-Kauthar, butik Bin Nurdin and ada juga di Butik Siti Khadijah...harga lebih kurang sama jer kedai-kedai ini..and kalau dari awal mungkin boleh survey cari kedai-kedai yang murah juga...
Flight aku ke mekah pada 2/8/2019..Kalau x silap aku KT26..menggunakan penerbangan MAS terus ke Jeddah.. kami dikehendaki berada di Komplek TH lebih kurang pukul 5pm @ 6pm.. Tahun ini juga merupakan tahun pertama urusan pelepasan dibuat di Kompleks TH di Sepang.. Alhamdulillah sgt selesa dan sistematik.. Kompleks ini bersebelahan dgn Hotel Movenpick.. jadi memudahkan sesiapa yang ingin menghantar saudara mara...urusan check in n drop luggage semua dibuat disini.. kami dibawa dengan bas ke KLIA dan terus menuju ke boarding area di KLIA.. kiranya check point terakhir dgn famili ialah di kompleks TH Sepang..and this year juga.. semua urusan Imigresen yang sepatutnya di buat di Jeddah telah proses terleih awal di KLIA.. maknanya bila sampai di Jeddah, jemaah x perlu baris utk pemeriksaan imigresen di airport Jeddah..semua dah dibuat di KLIA.. so jimat masa jemaah.. sampai di airport Jeddah.. jemaah terus dibawa ke Maktab..luggage juga terus dihantar depan bilik ...
![]() |
| Hotel Movenpic, Sepang |
![]() |
| Family photo sebelum check in.. |
![]() |
| Sebak nak tinggalkan anak-anak... |
Flight berlepas dalam pukul 1.40 am.... penat jugak menunggu lama sebelum berlepas.. TH provide food utk semua jemaah sementara menunggu flight..Memandangkan flight kami terus ke Mekah .. jadinya kami berniat di atas kapal terbang..jemaah lelaki semua dinasihatkan memakai ihram.. Sebab sampai sahaja di maktab.. semua jemaah akan dibawa untuk melakukan umrah..
![]() |
| Boarding @ KLIA |
![]() | ||||
KT26/KT26B - MAS - A380 - 47B
|
Haji Tamatuk
Memandangkan aku ada 10 hari lagi untuk wukuf jadi aku memilih untuk melakukan haji tamatuk .. untuk sesiapa yg melakukan haji Tamatuk .. seseorang itu akan dikenakan bayaran dam..dam dibayar terlebih dahulu dikaunter TH di Malaysia..ada juga aku tengok jemaah yang buat haji Ifrad...terpulang pada pilihan masing-masing... masalah bagi perempuan pula sekiranya period .. nak jadi cerita period aku mula dua hari before depart..struggle juga aku nak menunggu sampai habis period.. so terpaksalah menjaga pantang larang ketika berihram... ujian juga bagi aku ketika ini bila tgk orang lain dah selesai umrah .. boleh pergi solat kat masjidilharam... turun naik juga beberapa kali jumpa ustazah tanya akan hal period ni...untuk pengetahuan semua setiap maktab disediakan ustazah and ustaz... so jika ada apa2 kemusykilan pasal haji.. boleh tanya dgn dia org.. balik pada bab period ni.. kebanyakan ustazah advice tak perlu ambil ubat utk stop period..sebab buat haji ni lama jadi masa yang panjang ada untuk kita ke masjid ... kalau pergi umrah maybe blh consider untuk ambil pil stopkan period coz tempoh umrah biasanya singkat...apa yang Allah aturkan untuk kita .. itu adalah yang terbaik.. walaupun aku dalam keadaan ihram yg lama tapi ibadat lain boleh juga dilakukan,,,aku kena redho dengan semua yang berlaku...
Maktab 87 (Rehab Al Janadriyah)
Aku ditempatkan di Maktab 87.. maktab ini agak lama dan agak jauh dari Masjidilharam (jarak dalam 900 meter)...tak salah aku kalau bukan musim haji..maktab ini diduduki oleh jemaah India ketika melakukan umrah.. area yang kita orang duduk ini ramai jemaah dari Afrika..ada juga from indo....kawasan sini agak kotor.... senan jemaah haji dari negara Afrikan terutamanya tidak mementingkan kebersihan.... dia orang bukan kira..buang sampah merata-rata.. bila dah tak ada dia orang ni dekat area situ.. barulah nampak bersih dikaki jalan....
apa yang menarik dekat area maktab ni banyak kedai-kedai jubah, sejadah, kedai makan and barang-barang keperluan lain... so korang kenalah tahan nafsu membeli ...ada satu kedai ni jual jus...oleh kerana time kami pergi cuaca agak panas.. so selalu juga lah pekena jus kat kedai ini.. ice-cream pun ada jual kat sini...rasanya pun sedap....
| Macam-macam design jubah.. |
![]() |
| Kedai jual sejadah, carpet, beg dll |
Setiap Maktab disediakan pejabat pentadbiran TH, klinik, doc on call, kaunselor, ustaz and ustazah, dewan makan, perkhidmatan dobi, perkhidmatan pos dan kaunter TH (urusan keluar duit), dewan solat. Memang mudahlah nak buat segala urusan..
Bab nak sidai kain.. kalau nak kering cepat korang sidai dekat atas bumbung.. cuaca di Mekah time aku pergi memang sangat-sangat panas.. kalau nak sidai kain ..korang kena naik sesudah subuh .. nak angkat pulak sebelah malam baru lega sikit... masing-masing kena buat penyidai kain sendiri.. tapi korang just imagine kalau semua nak buat ... berselirat la tali kat atas tu.. nak berjalan pun payah.. so hidup kena la bertoleransi.. tak payah kedekut sangat kalau orang guna korang punya penyidai... aku cakap macam ni.. sebab pernah la dengar sepasang suami isteri bercerita tak puas hati penyidai dia orang ada orang guna... ruginya diri sendiri... hilang pahala...
![]() |
| Nampak clock tower dari sini... |
![]() |
| Sidai kain kat rooftop |
Sampai sahaja di Jeddah, jemaah dibawa terus ke Maktab...perjalanan dari airport Jeddah ke Mekah memakan masa lebih kurang 2 jam... makanan disediakan dalam perjalanan...sampai di maktab pula kami diberikan lagi sekotak makanan berisi nasi...boleh dikatakan agak mewah jugalah makanan untuk hari pertama ni... selepas selesai semua pendaftaran, kami terus ke bilik ... bilik aku tingkat 4... ahli bilik seramai 6 orang... saiz bilik agak besar dan selesa...ada juga bilik yang ahlinya 3 orang dan 4 orang (bergantung pada saiz) ...Alhamdulillah ahli bilik aku semuanya ok..biasanya pasangan akan diletakkan bilik bersebelahan.. setiap bilik akan disediakan peti ais, tv, kettle dan small pantry.... untuk bagi ruang yang luas kami ubah kedudukan katil...bila duduk ramai-ramai ni..kena la bertoleransi.. terutamanya bab aircond.. sebab ada yang tak tahan sejuk and ada yang tak boleh panas... semuanya kena bermusyawarah...
![]() |
| Bilik di Maktab Rehab Al Janadriyah.. snap pic time belum kemas... |
Jemaah haji dibiarkan berehat dahulu, sebelah malamnya semua jemaah akan dibawa umrah.. aku yang period ni tinggal saja dihotel...since hotel kami ni agak jauh juga dengan masjidilharam.. jadi ramai juga yang pergi naik teksi...nak dapat teksi tiada masalah sebab memang sentiasa ada depan pagar hotel..setiap orang dikenakan charge 5 riyal untuk satu hala... dekat-dekat nak haji...lagi driver ketuk harga.... nak tak nak kena la jalan kaki..
kesian juga dekat warga emas.. selain jauh jalan nak ke masjid agak berbukit..memang confirm kena mendaki.... jalan nak balik agak rileks sebab turun bukit... jadi ramai juga la yang hanya berjemaah di maktab atau jemaah di masjid berhampiran...
Makanan
Bagi jemaah haji muasasah, hanya makan tengahari dan makan malam sahaja disediakan .. waktu makan tengahari kalau tak silap aku dari pukul 12pm - 3.00pm and malam pula 5pm-8pm. Korang boleh ambil makanan di dewan makan and boleh la nak makan kat mana-mana saja.. aku biasanya makan di dewan makan... ramai jemaah yang berpasangan makan di kaki lima bilik...menunya berulang-ulang setiap minggu... so agak boring la juga kalau menu yang sama... kalau siapa yang cerewet memang tak boleh terima masuk makanan yang disediakan.. sebab semuanya kurang rasa...kalau menu ikan .. pastinya akan diberi ikan patin...so aku advice korang bawa stok makanan banyak-banyak... sambal bilis, serunding, acar dll yang kena dengan tekak korang..
Makan pagi sendirian berhad.. dekat kantin ada jual breakfast.. roti canai, mee goreng, mihun goreng, maggi, kuih-muih dan juga roti canai... tapi roti canai dia tak sama macam kita di Malaysia.. harga sekeping lebih kurang 3 riyal... mee goreng, bihun goreng semuanya dalam 5 riyal sebungkus... kalau korang nak variety ... dekat depan pagar maktab ni.. pagi2 ramai je orang pattani yg menetap di mekah ini menjual... nasi kerabu, pulut ikan masin, roti jalan pun ada.. harga semua sama .. 5 riyal sebungkus... tapi dia orang ni illegal... nasib tak baik kena angkut dengan lori penguatkuasa....
kalau nak sedap lagi korang boleh pergi restoran Felda kat Al-Safwah Tower.. situ macam-macam ada... cumanya ramai orang... selalunya meja pasti penuh.. almaklumlah tempat orang malaysia berkumpul... satu lagi tempat korang boleh pergi untuk cari makan ialah di Jabal Omar..Jabal Omar ini letaknnya di kompleks hotel Hilton.. kat sini ada juga supermarket Bin Dawood...aku kerap juga pergi ke sini.. sementara tunggu hubby solat.. time aku cuti ..aku lepak kat sini... dekat sini ada foodcourt tapi makanan Arab la... korang jangan lupa try Al-Baik.. kedai ni ala-ala KFC.. ayam dia sedap sangat... KFC & Mc D disini sangat mahal.. rasanya pun agak kurang.. bila dah ada disana jangan lupa try all the arabian foods .. rugila kalau tak cuba...
Makanan , toiletteries dan ubat-ubatan di Mekah ni agak mahal..so better korang bawa saja dari Malaysia... produk kat sini semua dari luar jadinya susah nak dapat harga murah...
| Set makan malam |
| Sekali sekala kita beli makanan luar.. roti canai & kebab |
| Welcome Box oleh kerajaan Arab pada semua Jemaah |
| Nasi arab.. portion besar boleh share dua orang |
![]() | ||
Musim panas sedap makan ais krim
|
| Fried Chic ala2 KFC |
![]() |
| Senarai harga produk dari Malaysia yg dijual di sana.. korang boleh pesan dan ambil di restoran Felda...mahalkan.. |
Ziarah Kota Mekah & Kota Madinah
Umrah
Umrah aku agak lewat dari orang lain disebabkan masalah perempuan.. Hubby temankan aku buat umrah pertama kali.. kalau tak silap aku ..kami pergi lepas isha dan selesai semuanya dalam pukul 2 am.. jemaah ketika itu makin ramai... so aku dan hubby dah sepakat kalau terpisah jumpa ditempat yang kami janji...walaupun orang terlalu ramai.. aku tetap tawaf dikawasan dataran... so pusingan tak adalah jauh sangat.. kalau terpisah dengan suami korang tak payah lah mencari-cari .. teruskan saja..waktu ini tenaga kena kuat.. sebab orang arab ni besar2.. tapi yang paling aku tak tahan dengan orang Indonesia...dia orang ni jenis tawaf berkumpulan.. memang tak boleh berpisah ahli group.. so korang kena la bersabar...selesai tawaf ..sambung pulak saie.. part ni memang letih sikit.. sebab jarak dari bukit safa dan bukit marwah agak jauh.. biasanya aku bersaie dekat level tengah... ada orang cakap kalau level bawah agak sejuk .. atas sekali pulak guna scooter... umrah yang last aku saie guna scooter... seorang SR100...
Petugas TH pesan waktu dekat-dekat nak wukuf tak payah buat umrah... dinasihatkan semua jemaah menjaga kesihatan.. sebab kerja haji lagi berat.. takut sakit dan tak sempat berpeluang buat haji.. walaupun tempoh aku duduk di Mekah agak lama tapi aku hanya berpeluang buat umrah empat kali sahaja.. so kalau ada rezeki korang sambung umrah selepas selesai semua haji..
Wukuf di Arafah (19 hb September 2018)
Hari yang ditunggu telah tiba.. kami bertolak ke Arafah selepas Zuhur..jemaah hanya dibenarkan bawa beg kecil dan tikar yang diberi oleh TH... korang tak payah nak bawa banyak barang.. sebabnya benda ni semua akan menganggu jemaah lain nanti.. bas yang bawa jemaah bukannya besar.. khemah pun kecil.. kalau korang bawa semua.. alamatnya kena tidur berdiri...Alhamdulillah khemah pada tahun ini dilengkapi dengan aircond.. so tak de la panas membahang... setiap penempatan di sediakan kemudahan seperti surau, tandas dan dapur... dekat sini kita dikehendaki meningkatkan ibadah kita...penuhikan masa dengan membaca quran, berzikir, solat dll.. in shaa allah doa kita ketika wukuf ini dimakbulkan oleh Allah sama ada cepat atau lambat...
Kat sini memang tak sempat untuk kita nk cuci baju,nak mandi lama dsb..toilet sangat limited dan kurang selesa...so korang kena bertimbangrasa.. tak payah guna toilet lama2.. ingat juga orang yg sedang berbaris diluar....
ketika masuk wukuf.. ustadz akan membaca khutbah ...waktu ini korang jangan putus doa....doalah sebanyak mungkin.. waktu ini air mata aku mmg tak berhenti mengalir.. sedih dengan khutbah dan bacaan doa dari ustaz...dalam masa yang sama memikirkan dosa-dosa aku yang terlalu banyak sebelum ini.. so berdoalah sehingga habis waktu wukuf... berdoalah dimana-mana kawasan perkhemahan...
Mabit di Muzdalifah
Selesai wukuf di Arafat.. jemaah semua akan dibawa menaiki bas utk mabit di Muzdalifah.. Kumpulan kami antara yang bertolak agak lewat selepas Maghrib dan antara kumpulan yg lewat tiba di Muzdalifah.. keadaan disini sangat panas .. helikopter pula berlegar-legar di udara.. alangkah bestnya kalau Heli sembur air kat kami dibawah ni…semua jemaah berkumpul di sini dan membuat isyarat kutip batu… duduk hanya beralaskan tikar yg disediakan oleh TH.. disini juga ada di sediakan toilet.. jemaah dari seluruh dunia dihimpunkan mengikut negara.., so blh tgk la mana negara yg bersih .. disiplin dll…bermula pukul 12 tgh malam…jemaah mula dibawa ke Mina.. seboleh-bolehnya jemaah perlu dibawa keluar sebelum matahari terbit memandangkan kawasan ni berbumbungkan awan.. Alhamdulillah semua jemaah sempat dibawa keluar sebelum matahari terbit..bas kami tiba pukul 5 pagi dan terus dibawa ke Mina..
Mina
Sampai di Mina, kami ditempatkan di khemah masing2. Kami akan stay dişini untuk tujuan melontar di tiga jamrah.. jarak antara khemah dan tempat melontar adalah sejauh 7km pergi dan balik.. hari pertama melontar kami ikut waktu yg ditetapkan oleh TH untuk tahu selok belok perjalanan.. Hari-hari seterusnya pergi sendiri.. biasanya sebelum subuh..Perjalanan untuk ke tempat melontar akan melalui terowong.. Dalam terowong ini ada juga disediakan walkalator.. so boleh lah rehatkan kaki… tapi di sini agak ramai juga..
Keadaan di khemah Mina tidak begitu selesa.. sempit dan panas..so pandai2 nak adjust diri.. di luar khemah ada disediakan peti sejuk.. yg mana kita boleh dapatkan ais.. manalarla toilet juga ada disediakan..tapi kena banyak bersabar la.. kalau dah ramai.. faham2 je la.. hygiene memang kurang di sini.. Memandangkan khemah kami bersebelahan dengan khemah Thai.. kadang2 aku ke toilet mereka… Dan mereka juga ke toilet kami..ada juga yang tak stay di Mina.. kalau masih bertenaga.. ada yg balik ke hotel.. samaada berjalan kaki atau by taxi.. sepanjang di Mina aku hanya tinggal dikhemah.. selepas selesai melontar.. kami dibawa semula ke hotel pada 13 Zulhijjah.. seterusnya sambung tawaf dan şaie.. maka lengkaplah rükün haji.. Alhamdulillah












No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.